Pages

Wednesday, June 6, 2012

Tarantula cetus panik di India

Berita Harian Online | Tarantula cetus panik di India:
LABAH-LABAH dipercayai spesies tarantula yang mencetuskan ketakutan di timur laut India. - Foto AP
LABAH-LABAH dipercayai spesies tarantula
yang mencetuskan ketakutan di timur
laut India. - Foto AP



Dua maut diserang labah-labah gergasi

GAUHATI: Penduduk timur laut India berada dalam keadaan panik selepas beberapa kumpulan labah-labah gergasi spesies tarantula menyerang mereka menyebabkan dua kematian setakat ini.
Lebih merumitkan keadaan, cubaan merawat tempat yang bengkak kerana gigitannya dikatakan boleh membawa maut, kata pegawai negeri Assam, semalam.
Ada mangsa yang mendakwa labah-labah itu melekat pada mereka selepas menggigit. - Saikia, Penduduk
Kedua-dua kematian berlaku di pekan Tinsukia. Pada masa sama, pihak berkuasa belum mengakui kematian itu disebabkan racun daripada gigitan labah-labah berkenaan.

Ini kerana ada kemungkinan ia disebabkan cara rawatan pawang tempatan yang menghiris tempat gigitan dengan pisau cukur untuk mengeluarkan racun itu.
Tiada bedah siasat dilakukan sebelum dua mangsa berkenaan dibakar.

Doktor di hospital bandar Sadiya berkata, tujuh mangsa gigitan labah-labah itu sudah diberi antibiotik selepas mereka cuba mengeringkan tempat yang digigit.
Pakar ekologi Universiti Dibbrugarh, L R Saikia berkata, labah-labah berbulu lebat itu mungkin daripada spesies baru tarantula.

Pegawai kerajaan tempatan mengakui turut panik kerana ancaman baru berkenaan dan menyembur racun DDT dengan harapan dapat menghalang labah-labah itu terus mengganas.

Penduduk pula berkata, detik paling menakutkan mereka ialah labah-labah itu muncul secara berkumpulan dan mempunyai peri laku agresif.

“Ia melompat ke arah apa jua yang berada dekatnya. Ada mangsa yang mendakwa labah-labah itu melekat pada mereka selepas menggigit,” kata Saikia.

Penyelidik masih meneruskan uji kaji bagi memastikan sejauh mana tahap keracunan bisanya. - AP/Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment