NEW DELHI - Untuk julung kalinya di India, pasangan daripada latar belakang agama dan kehidupan yang berbeza, mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang sama di Jaipur, yang lebih dikenali sebagai Pink City.
"Samu Vivah Sammelan" atau majlis perkahwinan beramai-ramai itu, dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Help People Foundatireon.
"Saya berpendapat, kalaulah orang mengikut trend ini, tak akan ada diskriminasi kerana kasta atau keturunan," kata pengerusi pertubuhan itu Afreen Ritu Rajwat dalam kenyataan di sini.
Kenyataan itu menyebut bahawa ramai selebriti Bollywood, termasuk Devshi Khanduri (heroin filem Chargesheet)dan penyanyi-pemuzik Anup Jalota, menghadiri majlis berkenaan serta meraikan pasangan pengantin baharu yang menyertainya. - Bernama
Pages
▼
Thursday, May 31, 2012
Kesan mogok lapar, Israel serah Palestin 91 jenazah
GAZA - Kerajaan Israel hari ini menyerahkan jenazah 91 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan, melibatkan satu tempoh lebih empat dekad lalu, ke atas rejim Yahudi.
Ia antara lain dipercayai ada kaitan dengan mogok lapar yang diadakan oleh tahanan Palestin.
Jenazah-jenazah yang dikebumikan di beberapa kawasan tanah perkuburan Israel, tiba di Tebing Barat dan Gaza awal hari ini, demikian menurut laporan Pihak Berkuasa, Wafa.
Tujuh puluh sembilan jenazah diserahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Ramallah, Tebing Barat pada satu majlis rasmi tentera, yang turut dihadiri Presiden Mahmoud Abbas.
Baki 12 jenazah pula diserakan kepada keluarga masing-masing di Gaza.
Jenazah yang dipulangkan itu termasuklah tujuh rakyat Palestin yang terlibat dalam serangan ke atas hotel The Savoy di Tel Aviv pada 1975.
Beberapa keluarga menuntut ujian DNA bagi memastikan kesahihan identiti anggota keluarga yang dikatakan telah meninggal dunia.
Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev berkata, langkah memulangkan jenazah-jenazah itu sebahagian daripada proses membina keyakinan bagi membolehkan proses perundingan damai kembali dihidupkan.
"Israel bersedia untuk memulihkan perundingan dengan segera tanpa sebarang syarat," katanya dalam satu kenyataan.

Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban
NEW YORK: Pekerja transit beragama Sikh dan Islam dibenarkan memakai penutup kepala tanpa perlu meletakkan logo agensi berkaitan selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun selesai.
Kenyataan itu diumumkan di antara pekerja dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) hari ini.
Agensi berkenaan berdepan saman mahkamah selepas membuat keputusan sebelum kejadian 9/11 bahawa pekerja beragama Sikh dan Islam yang memakai turban serta serban tidak dibenarkan bekerja di khalayak ramai.Peraturan itu kemudiannya ditukar apabila agensi berkenaan membenarkan pekerja terbabit memakai pelindung kepala di khalayak ramai tetapi perlu meletakkan logo MTA. - AP

Doktor Osama dipenjara 33 tahun kerana militan
ISLAMABAD - Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam kes yang mencetuskan kemarahan Washington, seorang doktor Pakistan yang membantu Agensi Risikan Pusat (CIA) mengesan Osama bin Laden tahun lalu, dipenjara minggu lalu kerana terlibat dalam aktiviti militan.
Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam menunjukkan Dr Shakil Afridi tidak bertindak membantu khidmat risikan Amerika, sebaliknya dikaitkan dengan kumpulan militan.
Tindakan Pakistan menahan beliau lebih seminggu lalu mengundang kecaman pentadbiran Obama dan membawa kepada tekanan agar bantuan kepada Pakistan dipotong AS$33 juta - satu juta dolar bagi setiap satu tahun hukuman penjara dikenakan ke atasnya.
Laporan-laporan sebelum ini menyebut doktor itu mengkhianati kepentingan negara dengan membekalkan maklumat kepada agensi risikan asing.
Dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam pula menunjukkan beliau kini didakwa terlibat dalam "aktiviti-aktiviti antikepentingan negara."
Keluarga Shakil mendakwa tahanan beliau sebagai satu tindakan mengarut dan peguamnya mahu mengemukakan rayuan.
Kes Shakil didengar di bawah sistem kehakiman puak secara tertutup.
Osama terbunuh dalam serangan ketenteraan pasukan khas Amerika Syarikat (AS) pada awal Mei 2011.

Krisis Syria: Pemberontak beri Presiden Bashar 48 jam
DAMSYIK - Kumpulan pemberontak, Tentera Syria Bebas (FSA) memberi kerajaan Presiden Bashar al-Assad tempoh 48 jam untuk mematuhi pelan gencatan senjata diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kolonel Qassim Saadeddine berkata, jika tiada respons daripada kepimpinan Bashar menjelang waktu tengah hari esok, FSA akan menganggap pihaknya juga tidak akan tertakluk kepada pelan damai.
Semalam, pasukan pemantau PBB mengesahkan penemuan 13 mangsa yang ditembak mati di bandar Deir el-Zour.
Minggu lalu, lebih 100 orang termasuk sekitar 32 kanak-kanak berusia bawah 10 tahun ditemui mati ditembak.
Dipetik laporan BBC, dalam kenyataan dibuat menerusi rakaman video, yang diperoleh dari laman webnya, Kolonel Qassim berkata, kerajaan seharusnya dengan "segera menguatkuasakan gencatan senjata, menarik balik tentera, kereta perisai dari bandar-bandar dan kawasan perkampungan di Syria."

Mangsa tetak tunjuk sikap aneh
LEDANG – “Tiga hari sebelum kejadian, arwah beritahu kakak sulungnya yang sudah meninggal dunia Januari lalu, mengajaknya datang ke rumah. Saya anggap ia hanya gurauan, namun tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan."
Demikian luahan pilu mangsa tetak seorang gadis kurang siuman, Juriah Dimiyati @ Demyati, 61, yang turut kehilangan suaminya, Allahyarham Mohd Revuan @ Mohd Reduan Harun 73, dalam tragedi berdarah itu, kelmarin.
Menurut Juriah, paling tidak boleh dilupakannya juga apabila arwah suaminya turut menyatakan hasrat bermain buaian di funfair yang diadakan di Bukit Gambir ketika mereka dalam perjalanan pulang menaiki motor selepas menikmati mi bandung di restoran berhampiran kawasan itu.
“Bagaimanapun saya menolak permintaan arwah secara baik dan memberitahunya tidak sesuai untuk ke sana kerana sudah tua. Arwah pula hanya mendiamkan diri sahaja selepas saya berkata begitu dalam perjalanan pulang ke rumah," katanya.
Dalam insiden itu, Juriah yang turut menjadi sasaran serangan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah dengan tiga tetakan di kepala dan terpaksa menerima 40 jahitan ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, kelmarin.
Dia yang masih trauma memberitahu Sinar Harian, di matanya masih terbayang-bayang tubuh kurus suaminya berlumuran darah dan tersandar lemah pada dinding bersebelahan bilik mandi.
“Pada mulanya, arwah cuba lari untuk selamatkan diri, tetapi gagal kerana terjatuh disebabkan lantai licin dipenuhi darahnya. Di situlah arwah diserang, ditetak bertalu-talu oleh suspek dan saya dengar dengan jelas tetakan itu seperti orang sedang mencencang ayam.
“Dalam hati, saya hanya mampu berdoa agar suami selamat,” katanya sambil menahan sebak.
Juriah berkata, dia tidak dapat membantu menyelamatkan arwah suaminya kerana keadaan suspek terlalu agresif.
"Saya hanya mampu merangkak ke hadapan rumah untuk meminta pertolongan jiran," katanya.
Bagaimanapun, Juriah bersyukur kerana ketika kejadian, dua cucu yang tinggal bersamanya tiada di rumah kerana mengikut ibu bapa mereka ke bandar Muar.
Sementara itu, anak tunggal Juriah, Mohd Tukiran, 37, berkata, dia tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga suspek berikutan insiden yang menimpa bapanya itu.
“Buat sementara waktu, ibu akan tinggal bersama saya di Bakri selepas selesai hari ketiga kenduri tahlil arwah ayah. Kami akan pulang semula ke sini apabila cuti persekolahan tamat kerana anak-anak sekolah di sini.
“Keluarga suspek ada datang berjumpa dengan saya dan mohon maaf dengan insiden yang berlaku,” katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga emas maut apabila menjadi mangsa tetakan wanita dipercayai kurang siuman menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Parit Kerinchi, Bukit Gambir dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.41 pagi itu, mangsa, Mohd Revuan yang cedera parah pada bahagian kepala, badan serta putus satu jari tangan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPSF Muar.
Isterinya, Juriah cedera di bahagian kepala.
Manakala suspek, seorang wanita berusia 22 tahun dan berasal dari Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir yang mengalami masalah kemurungan sejak empat tahun lalu kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Allahyarham Mohd Revuan telah selamat dikebumikan malam kelmarin selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir.

Nampak pelesit atas siling
KULIM - Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.
Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.
Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.
Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.
“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.
Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.

31 maut pertempuran tentera dengan militan di Yaman
ADEN: Tentera Yaman meneruskan serangan ke atas kumpulan yang menyokong al-Qaeda di selatan negara itu, semalam mengakibatkan enam askarnya terbunuh.
Sumber tentera berkata, dalam serangan terbaru itu, 22 militan turut maut selepas askar memasuki Bandar Jaar, yang menjadi markas kuat al-Qaeda di Wilayah Abyan.
"Enam askar dan 12 militan terbunuh dalam pertempuran sengit di sebelah utara dan selatan pinggir bandar itu," kata seorang komander tentera.
“Mereka kini didapati menguatkan lagi kedudukan al-Qaeda di semua sudut," katanya. - AFP

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?

Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”
Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."
"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).
Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.
Perhatikan pada ayat di bawah :

Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.
Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.
Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
"Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Masjid Saidina Khalid al-Walid di bom rejim Basyar
Subhanallah, hati umat Islam mana yang tak pedih dan sakit hati melihat rumah Allah diperlakukan sebegini rupa.
Ini adalah gambar terbaru Masjid Saidina Khalid al-Walid رضي الله عنه di wilayah Homs, Syria yang rosak teruk akibat dibom oleh rejim Basyar.
Untuk pengetahuan semua, dalam aqidah Syiah, antara para sahabat nabi yang mereka anggap sebagai kafir adalah Saidina Khalid al-Walid.
Oleh kerana itulah sehinggakan masjid yang bernama sahabat nabi tersebut pun mereka bom bagi menyatakan kebencian mereka terhadap para sahabat nabi. Na’uzubillahi min zalik.
Kemurkaan Allah terhadap mereka yang jelas memusuhi Allah dan Rasul.
Gadis urut rebah
DITAHAN...tukang urut warga asing yang ditahan dalam serbuan, kelmarin.
SUBANG JAYA: Seorang tukang urut wanita warga China tiba-tiba pengsan menyebabkan enam rakan sekerjanya panik dan menjerit ketika pusat urut aromaterapi tempat mereka bekerja di Pusat Perniagaan Regalia, USJ1, di sini, diserbu polis selepas premis itu dikesan menjalankan kegiatan pelacuran, kelmarin.
Dalam serbuan jam 11 malam oleh Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), wanita terbabit yang duduk ketika premis itu diperiksa tiba-tiba rebah.
Wanita itu yang tidak sedarkan diri cuba dikejutkan, namun tidak memberi tindak balas menyebabkan rakannya menjerit kerana menyangkakan dia mengalami serangan jantung.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, wanita terbabit diberikan rawatan kecemasan dan pulih sebelum dia dan rakannya terdiri daripada tiga warga China serta tiga warga Thailand dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga premis itu dan seorang pelanggan rakyat tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan pusat urut aromaterapi itu yang menawarkan khidmat seks dan sudah beroperasi dua bulan.
“Ketujuh-tujuh wanita terbabit berusia 20 hingga 30-an menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelacur.
“Ini berikutan penemuan beberapa kotak kondom dan jus penambah tenaga di meja kaunter. Malah, premis itu didapati dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.
Beliau berkata, polis merampas beberapa barang seperti kondom, minyak urut, tuala, tisu dan buku tunai dipercayai untuk kegiatan persundalan dalam bilik bercirikan ketimuran di premis itu.
“Semua pelacur yang ditahan tinggal di premis itu dan berdasarkan siasatan awal mereka menyediakan khidmat urut dengan bayaran RM37 hingga RM74 dan menyediakan tips lain jika pelanggan mahukan khidmat tambahan,” katanya.
Yahaya berkata, pasukan sama turut menyerbu dua pusat urut refleksologi yang beroperasi secara haram dan sebuah pusat hiburan berlesen di USJ9 dan SS15 dan menahan tujuh wanita warga China dan Vietnam serta lapan pelanggan rakyat tempatan.
“Serbuan dilakukan bagi membendung kegiatan tidak bermoral di Subang Jaya. Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan sentiasa memandang serius kegiatan maksiat serta menjalankan serbuan dari semasa ke semasa jika mempunyai maklumat,” katanya.
Lembik disambar karan
BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.
PILU...Massari ditenangkan ahli keluarga selepas keluar dari bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.
Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.

Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya.
Abang termenung
RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
MIRI: “Peluru itu masih dalam kepala dan turut mengenai otaknya, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal.
“Kerana kecuaiannya (jiran) meletakkan senapang di tempat tidak sepatutnya, nyawa anak saya kini terancam,” rintih Maderom Matassan, 41, bapa kepada Nurul Afifah, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera parah terkena tembakan di dahi dalam kejadian di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, dia mengharapkan nyawa anaknya dapat diselamatkan meskipun doktor belum dapat mengesahkan keadaan sebenar berikutan peluru dalam kepala anaknya masih belum dapat dikeluarkan.
“Setakat ini, doktor hanya memantau keadaan anak saya berikutan peluru itu turut mengenai otak, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, semalam.
Meskipun kesal dengan kejadian itu, Maderom berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut supaya pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.
Katanya, dia kini turut khuatir melihat emosi abang mangsa, Mohd Nur Aznul berusia 10 tahun yang sering menangis kerana ma dengan kejadian menimpa adiknya.
“Mereka sangat rapat dan sering bermain bersama-sama selain tidak pernah berpisah. Jadi apabila perkara ini berlaku, abangnya sering menangis teringatkan adiknya.
“Keadaan ini menyebabkan saya serta isteri terpaksa menenangkan Aznul sepanjang masa dan memberitahu kami tidak menyalahkannya,” katanya.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Nurul Afifah parah selepas terkena tembakan di dahi yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh Aznul, ketika mereka bermain senapang buatan sendiri milik seorang jiran yang ditinggalkan berhampiran tangki air kuarters berkenaan. Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini dua suspek yang disyaki pemilik senapang berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.
Guru miang melampau
ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.
KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.
Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.
“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Dirogol abang angkat
SUBANG JAYA: Seorang pelajar Tingkatan Dua sarat mengandung lapan bulan dipercayai selepas dirogol abang angkatnya di kediaman keluarganya di Taman Tengah, Batu 14, Puchong Perdana.
Mangsa dikatakan dirogol lelaki berusia 25 tahun itu pada Ogos tahun lalu sebelum disahkan mengandung, namun tidak memaklumkan ahli keluarganya kerana bimbang dimarahi.
Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Batu 13, Puchong itu adalah anak angkat kepada keluarga mangsa dan sering berulang-alik serta tidur di rumah mangsa.Mangsa dikatakan dirogol lelaki terbabit di kediamannya ketika keluarga mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari keluarga mangsa selepas pelajar itu sarat mengandung lapan bulan selepas melihat keadaan perutnya yang buncit.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Yahaya Ramli, berkata selepas kejadian itu diketahui keluarganya, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya, petang kelmarin.
Katanya, siasatan polis mendapati, suspek sudah berkahwin dengan wanita lain dua bulan lalu dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.
“Mangsa dipercayai tidak memberitahu kejadian yang menimpanya sehingga mengandung lapan bulan kerana bimbang keluarganya akan memarahinya.
“Sepanjang lapan bulan mengandung, mangsa ke sekolah seperti biasa tanpa disedari sesiapa berikutan fizikalnya yang kecil,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, polis memburu tujuh lelaki yang juga ahli kongsi gelap di Subang Jaya dipercayai terbabit dalam dua kes pembunuhan masing-masing pada 12 dan 13 Mei lalu.
Lelaki terbabit adalah M Kumar, 30, N Logeswaran, 25; R Srisangkar, 25; K Manoharan, 35; S Surendran, 27; R Surendren, 26 dan V Suresh, 25.
Semua suspek adalah anggota kumpulan kongsi gelap digelar Satu Hati dan Kumpulan 08 dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan dua lelaki tempatan di Kelana Jaya dan Taman Tasik Puchong Perdana.

Bapa tikam anak dipenjara 12 bulan
JOHOR BAHRU 30 Mei - Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anaknya dengan menggunakan sebilah pisau, 10 hari lalu.
Zainudin Hassan, 51, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Muhammad Afiq, 22, pada pukul 10.33 malam, 20 Mei lalu di rumahnya di alamat No.55, Jalan Dahlia 19, Taman Dahlia di sini.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Vinodaran mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan.
Majistret Hafizah Johor Arif Johor memerintahkan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Mei lalu.
4 maut nahas kereta, lori
Oleh FARHANA JONI
utusansarawak@utusan.com.my
utusansarawak@utusan.com.my
MIRI 29 Mei - Empat termasuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun maut apabila kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 4, Pinggiran Pantai Kampung Agus, Bekenu dekat sini petang ini.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, tiga daripada mangsa maut di tempat kejadian manakala kanak-kanak tersebut, Mohamad Ikmal Alis meninggal dunia ketika dibawa ke sebuah klinik kesihatan berdekatan.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu, Sarbini Senen, 25; adiknya, Mohamad Syafiq, 17, dan seorang rakan mereka, Nazri Sanawi, 18.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kok Keong berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa datang dari arah Miri menghala ke Bintulu.
Beliau berkata, kereta mangsa dipercayai gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan.
"Kemalangan menyebabkan kereta tersebut remuk teruk dan kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Kok Keong memberitahu, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan kesemua mangsa.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketibaan pesawat A380 disambut meriah di KLIA
SUBANG - Pesawat sulung Airbus A380 Malaysia Airlines (MAS) telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 3.35 petang semalam setelah berlepas dari syarikat pengeluarnya, Toulouse, Peranchis kelmarin.
Ketibaan pesawat terbesar dunia yang turut membawa delegasi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya itu disambut dengan majlis yang meriah oleh kakitangan MAS.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pesawat tersebut telah dipandu oleh Kapten Norshid Ali, Kapten Mohd. Seth Mohd. Ariff, Kapten Joseph Emuang Jr dan Kapten Sumar Lee Hashim Lee.
A380 yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900 itu menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas yang boleh membawa seramai 494 penumpang.
Jata Negara di Istana Negara lama dicuri
Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my
atikah.mohddali@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 lambang termasuk Jata Negara pada dinding pagar Istana Negara di Jalan Istana di sini dilaporkan hilang dipercayai dicuri penjenayah.
Kehilangan Jata Negara tersebut disedari semalam sebelum satu laporan polis dibuat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada sebelah petang.
Siasatan mendapati suspek melarikan Jata tersebut dengan mengumpil lambang negara itu dari dinding pagar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kehilangan itu.
Jata Negara ialah lambang rasmi negara hasil gabungan pecahan bintang 14 yang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan memperlihatkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Lima bilah keris pula menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Harimau sebagai penumpang Jata negeri- negeri Melayu Bersekutu itu digunakan dalam Lambang Malaysia manakala warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi
KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.
Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.
"Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel.
Peluang lihat planet Zuhrah
GEORGE TOWN - Orang ramai terutama peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata, fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1 petang.
Kata beliau, pihaknya dengan kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Aktres Ziyi nafi skandal seks dengan pemimpin China
BEIJING - Aktres popular China, Zhang Ziyi menafikan laporan media bahawa dia terlibat dalam skandal pelacuran membabitkan Bo Xilai, bekas pemimpin Parti Komunis China bagi bandar Chongqing City.
Xilai, antara pemimpin yang meningkat naik, dipecat baru-baru ini.
Menerusi mikroblognya, Ziyi, yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka.
Media-media China melihat kenyataan beliau itu sebagai satu penafian dakwaan dia terlibat dalam skandal seks untuk mendapatkan wang.
Dia antara berlakon dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, dan Memoirs of a Geisha.
Laporan portal Boxun, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple Daily yang diterbitkan di Hong Kong dan Taiwan, dan beberapa media China yang lain melaporkan bahawa aktres berusia 33 tahun itu tidur dengan pemimpin itu sebanyak 10 kali antara 2007 dan 2011.
Pelakon itu juga kini diletakkan dalam siasatan polis dan didakwa dilarang meninggalkan China.
Apple Daily dan beberapa media lain melaporkan bahawa kedua-dua pasangan itu diperkenalkan oleh pembantu Bo, Xu Ming, 41, pengasas dan pengerusi Dalian Shide Group.
Sumber-sumber berkata Ming telah mengaku membayar Ziyi enam juta yuan untuk mengadakan hubungan seks buat kali pertama.
Dia kemudian berunding untuk bayaran sebanyak 10 juta yuan.
Media China juga melaporkan bahawa transkasi seks Ziyi dengan individu-individu kaya dan berpengaruh mencecah 700 juta yuan sepanjang 10 tahun lalu.
Ini termasuk wang tunai 180 juta yuan daripada Ming.
Ming juga didakwa memperkenalkan aktres itu kepada dua lagi pegawai berkedudukan tinggi.
Spekulasi media juga berkata siasatan kes ini kemungkinan sebab Ziyi tidak menghadiri festival filem Cannes baru-baru ini.
Filemnnya, Dangerous Liaisons telah dipertontonkan pada festival itu.
Ziyi mendakwa dia sibuk dengan penggambaran filem The Grandmasters dan pernah dikaitkan dengan skandal-skandal lain sebelum ini.
Pada 2010, dia didakwa memperbesar-besarkan kutipan dana untuk mangsa gempa bumi Sichuan. Dia hanya mampu mengutip AS$400,000 tetapi mendakwa telah berjaya mengumpulkan AS$1 juta.
Setahun sebelum itu, Ziyi dituduh menipu seorang ahli perniagaan yang sudah berkahwin tetapi ketika itu dilaporkan telah bertunang dengan jutawan Israel, Vivi Nevo.
Nevo dan Ziyi berpisah pada 2010.

Ikhwan tak akan contohi Hosni
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin dalam pilihan raya pusingan kedua Presiden Mesir berjanji tidak akan mencontohi pemerintahan Hosni Mubarak, pemimpin autokrat negara itu yang digulingkan tahun lalu.
Mohammed Morsi berjanji demikian sehari selepas ibu pejabat pencabarnya yang menjadi perdana menteri ketika pemerintahan Hosni, dibakar.
“Apabila saya menjadi presiden, jawatan itu tidak akan dikongkong seorang diri. Era ‘superman’ terbukti gagal dan sudah berlalu. Dunia sudah sekian lama tidak lagi seperti itu. Saya bukan seperti itu,” katanya, pada sidang akhbar semalam.
Mohammed berkata demikian beberapa jam selepas 400 penunjuk perasaan menyerbu dan membakar ibu pejabat kempen Ahmed Shafiq. - AFP
Russia tolak campur tangan di Syria
MOSCOW: Russia semalam berkata, adalah terlalu awal untuk menyokong tindakan baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Syria selepas pembunuhan 108 orang awam di Houla.
Negara itu juga berkata, ia masih tegas dalam menentang campur tangan asing dalam krisis berkenaan.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, ia berharap tragedi Ahad lalu akan mengubah pendirian Russia yang sebelum ini enggan bertindak lebih tegas ke atas sekutunya dalam era bekas Soviet Union.
Beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Perancis, Francois Hollande enggan menolak kemungkinan campur tangan bersenjata bagi menghentikan keganasan di Syria yang sudah meragut 13,000 nyawa sejak 14 bulan lalu. - AFP
Israel tuduh kuasa dunia berlembut
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menegur kuasa dunia kerana bersikap lembut dalam rundingan dengan Iran.
Pemimpin rejim Zionis itu berkata, sekatan lebih ketat perlu dilaksanakan seiring dengan tuntutan tegas berhubung program nuklear Republik Islam itu.
Bercakap pada Sidang Keselamatan Antarabangsa di Universiti Tel Aviv, Netanyahu sekali lagi menegaskan, Israel menuntut supaya Iran menghentikan semua aktiviti pengayaan uranium, memindahkan semua uranium yang sudah menjalani proses pengayaan dan memusnahkan kemudahan nuklear bawah tanahnya di Qom.
Amerika Syarikat, Barat dan Israel mendakwa Iran berhasrat menghasilkan senjata nuklear menerusi program nuklearnya. - AFP
Kaki manusia dipos ke ibu pejabat
OTTAWA: Polis Kanada semalam melakukan siasatan selepas kaki manusia yang reput dikirim kepada parti pemerintah Parti Konservatif di ibu pejabatnya di bandar raya ini.
Bungkusan itu sebahagiannya dibuka oleh penyambut tetamu yang menghubungi polis selepas melihat kesan darah dan terhidu bau busuk.
“Unit Hazmat dan Seksyen Operasi Kecemasan dihubungi dan selepas siasatan lanjut terhadap bungkusan itu, didapati mungkin ada kaki manusia dalam kotak itu,” kata polis Ottawa dalam satu kenyataan.
Kotak itu kemudian di X-ray dan diserahkan kepada koroner tempatan yang mengesahkan memang bungkusan itu mengandungi kaki manusia. - AFP
Simpan mayat isteri dalam peti sejuk 10 tahun
TOKYO: Seorang lelaki berusia 80 tahun semalam disoal siasat di Jepun kerana disyaki mencekik isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk hingga 10 tahun, lapor media dan polis.
Masaichi Yamada yang mempunyai syarikat memproses ikan ditahan di pelabuhan Kushiro di utara negara itu awal pagi kelmarin apabila mayat mangsa yang beku dan masih berpakaian ditemui.
“Suspek mencekik mangsa dengan objek seperti tali di kediaman mereka dan membiarkan mayat mangsa dalam peti sejuk di tempat kerjanya,” kata jurucakap polis Hokkaido kepada media melalui telefon. Tidak diketahui bila pembunuhan itu berlaku, kata polis sambil menambah mangsa mungkin berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini. Yamada dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia membunuh isterinya ketika bertengkar di kediaman mereka “antara 2002 dan 2006” dan membawa mayat mangsa dengan kereta ke kilang. Polis melakukan pemeriksaan di kilang itu selepas abang wanita itu berkata, dia tidak dapat menghubungi adiknya selama beberapa tahun. - AFP
Warga emas gagal ketepi dakwaan rogol isteri
SYDNEY: Seorang lelaki Australia berusia 81 tahun semalam gagal ketepi dakwaan terhadapnya bahawa dia merogol isterinya pada tahun 1960-an, menyatakan memaksa pasangan supaya melakukan seks bukan satu jenayah ketika itu.
Lelaki terbabit yang dikenali sebagai PGA meminta mahkamah tinggi negara itu supaya menggugurkan kes yang diketengahkan isterinya, mempertikai bahawa sebelum 1976 wanita Australia tidak boleh menolak hubungan seksual bersama suaminya. Peguamnya berpendapat ketika dakwaan rogol itu berlaku pada 1963, negara berkenaan adalah “sangat jahil dan secara sosial masih ketinggalan dari segi standard kemodenan”.
Mereka berkata, pada masa itu, homoseksual adalah satu jenayah, tiada langsung perkara mengenai gangguan seksual, Orang Asli bukan warganegara sepenuhnya dan diskriminasi bangsa dibenarkan, dengan “polisi kulit putih Australia” dikuat kuasakan. Namun, mahkamah tinggi semalam menggugurkan kesnya, mengarahkan “jika pengecualian pemerkosaan dalam perkahwinan adalah sebahagian daripada undang-undang Australia, ia sudah luput sekurang-kurangnya pada tahun 1935.” - AFP