Pages

Thursday, May 31, 2012

Israel tuduh kuasa dunia berlembut

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menegur kuasa dunia kerana bersikap lembut dalam rundingan dengan Iran.
Pemimpin rejim Zionis itu berkata, sekatan lebih ketat perlu dilaksanakan seiring dengan tuntutan tegas berhubung program nuklear Republik Islam itu.

Bercakap pada Sidang Keselamatan Antarabangsa di Universiti Tel Aviv, Netanyahu sekali lagi menegaskan, Israel menuntut supaya Iran menghentikan semua aktiviti pengayaan uranium, memindahkan semua uranium yang sudah menjalani proses pengayaan dan memusnahkan kemudahan nuklear bawah tanahnya di Qom.
Amerika Syarikat, Barat dan Israel mendakwa Iran berhasrat menghasilkan senjata nuklear menerusi program nuklearnya. - AFP

No comments:

Post a Comment