Pages

Thursday, May 31, 2012

Simpan mayat isteri dalam peti sejuk 10 tahun

TOKYO: Seorang lelaki berusia 80 tahun semalam disoal siasat di Jepun kerana disyaki mencekik isterinya dan menyimpan mayat mangsa dalam peti sejuk hingga 10 tahun, lapor media dan polis.
Masaichi Yamada yang mempunyai syarikat memproses ikan ditahan di pelabuhan Kushiro di utara negara itu awal pagi kelmarin apabila mayat mangsa yang beku dan masih berpakaian ditemui.

“Suspek mencekik mangsa dengan objek seperti tali di kediaman mereka dan membiarkan mayat mangsa dalam peti sejuk di tempat kerjanya,” kata jurucakap polis Hokkaido kepada media melalui telefon. Tidak diketahui bila pembunuhan itu berlaku, kata polis sambil menambah mangsa mungkin berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini. Yamada dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia membunuh isterinya ketika bertengkar di kediaman mereka “antara 2002 dan 2006” dan membawa mayat mangsa dengan kereta ke kilang. Polis melakukan pemeriksaan di kilang itu selepas abang wanita itu berkata, dia tidak dapat menghubungi adiknya selama beberapa tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment