Pages

Thursday, May 31, 2012

Bas elektrik dalam masa dua tahun lagi



SEBUAH bas berkuasa elektrik di stesen pengecas mudah alih di Colorado, Amarika Syarikat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) merancang untuk memperkenal perkhidmatan bas menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh dua tahun lagi sebagai sokongan kepada program alam sekitar hijau.
Pengarah Kumpulan Bahagian Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, mereka akan mendapatkan antara 10 hingga 15 bas buat permulaan sebelum menambah jumlahnya.
"Bas elektrik yang kita mahu ialah yang menggunakan bateri merupakan pilihan yang lebih baik untuk menyokong alam sekitar hijau. Ia satu pelaburan yang mahal tetapi dalam jangka masa panjang lebih baik berbanding bas yang menggunakan diesel.

No comments:

Post a Comment