Pages

Saturday, March 10, 2012

Serangan bukan jawapan

myMetro | Serangan bukan jawapan:WASHINGTON: Bekas ketua agensi perisikan Mossad mengingatkan Tel Aviv, serangan ke atas loji nuklear Iran bukanlah cara yang betul mengatasi konflik berkenaan.

Bercakap dalam program 60 Minutes terbitan stesen CBS, Meir Dagan berkata, dia yakin Iran dan presiden negara itu, Mahmoud Ahmadinejad, seorang pemimpin yang rasional.



“Sebarang serangan ke atas Iran sebelum semua kaedah dicuba bukanlah tindakan yang tepat,” katanya dalam petikan disiarkan semalam.




Temubual penuh Dagan akan disiarkan esok.



Menurut Dagan, dia juga berkeyakinan kepada Presiden Barack Obama untuk campur tangan dalam isu itu apabila keadaan memerlukan.



“Obama secara terbuka berkata, tindakan ketenteraan tidak diketepikan, tetapi dia tidak akan membiarkan Iran jadi negara nuklear.








“Berdasarkan pengalaman, saya sentiasa yakin kepada Presiden AS,” katanya.



Setakat ini, pentadbiran Obama mengekalkan sekatan tegas ke atas Iran dan beranggapan, usaha diplomatik perlu diberi lebih banyak masa bagi mengatasi konflik berkenaan.






Bagaimanapun, pemimpin Israel berkata, masa semakin suntuk bagi melakukan serangan ketenteraan ke atas republik berkenaan.



Isnin lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata sekatan ke atas Iran tidak berkesan dan “tiada sesiapa mampu menunggu lebih lama.” Dagan yang bersara pada Januari 2011 selepas lapan tahun berkhidmat dengan Mossad, berkali-kali memberi amaran, serangan ke atas Iran mungkin gagal mengekang cita-cita Iran memiliki bom atom.



Katanya, ia juga, berisiko membawa rantau Timur Tengah ke kancah konflik.



“Saya tidak yakin Iran tergesa-gesa menghasilkan bom nuklear kerana mereka tahu kesannya.



“Namun, tidak dinafikan Iran mempertimbangkan semua implikasi atas tindakan mereka.



“Mereka perlu membayar harga yang amat mahal dan saya percaya pada ketika ini Iran sangat berhati-hati atas projek berkenaan,” katanya.



Dagan juga percaya, dorongan mengubah rejim Iran adalah taktik lebih bijak.



“Menjadi tugas kita membantu sesiapa saja yang mahu menentang rejim di Iran,” katanya. - AFP


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment