Pages

Saturday, March 10, 2012

SU Agung PRC antara 10 maut serangan Israel

SU Agung PRC antara 10 maut serangan Israel - Global - Sinar Harian:
SU Agung PRC antara 10 maut serangan Israel
GAZA - Serangan udara Israel ke atas Gaza semalam membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin termasuk seorang pemimpin kanan Jawatankuasa Pejuang Popular (PRC), yang rejim Yahudi melabel sebagai militan Palestin.

Zohair al-Qaisi, Setiausaha Agung PRC, diserang kerana beliau telah merancang untuk melakukan serangan, dakwa Israel.

Seorang lagi dari PRC terbunuh bersama beliau.

Israel sebelum ini mendakwa Zohair bertindak sebagai ketua sebuah kumpulan yang bertanggungjawab menculik askarnya.

Askar itu, Gilad Schalit, telah ditahan lebih lima tahun dan hanya dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran banduan dengan membebaskan lebih 1,000 rakyat Palestin.

Hamas yang mengetuai pentadbiran Gaza berkata, sekurang-kurangnya lapan lagi terbunuh dalam serangan udara Israel.

Israel mendakwa berpuluh-puluh roket dilancarkan ke arah rejim itu.

Ia antara insiden paling buruk di sempadan Gaza dalam beberapa bulan lalu.

Jihad Islam dipetik media asing berkata, mereka yang terbunuh adalah sebahagian daripada sayap tenteranya.

Serangan udara Israel telah lama menyasarkan ketua sayap tentera Palestin di Gaza.

Zohair hanya mengambil alih jawatan kanan PRC berikutan kematian penyandang jawatan itu dalam serangan Israel, Ogos lalu.

Allahyarham pernah terselamat dalam letupan bom, yang sehingga kini tidak dijelaskan puncanya, awal tahun ini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment