Pages

Saturday, March 10, 2012

AS ada beberapa pilihan ketenteraan untuk Iran: Panetta

myMetro | AS ada beberapa pilihan ketenteraan untuk Iran: Panetta:
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, berkata Pentagon menyediakan “satu set” pilihan ketenteraan ke atas Iran jika sekatan gagal menghalang program tenaga nuklear republik itu.
Dalam temubual dengan National Journal semalam, Panetta berkata, rancangan itu berlangsung lama dulu.

Katanya, dia juga percaya serangan satu pihak oleh AS ke atas Iran lebih berkesan berbanding tindakan sama dilakukan Israel.
“Washington mempunyai tentera udara jauh lebih besar, selain senjata lebih berkuasa berbanding dimiliki Tel Aviv,” katanya.

Menurut Panetta, jika Israel tetap mahu menyerang Iran, pasti ada kesannya tetapi kesan itu akan lebih besar andainya dilakukan AS.

“Iran bukan saja membahayakan Israel, tetapi negara itu turut menjadi ancaman secara langsung kepada keselamatan AS,” katanya. - Press TV

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment