Pages

Saturday, February 4, 2012

Tiga maut pergaduhan polis Mesir dengan penunjuk perasaan

SEBAHAGIAN penunjuk perasaan  anti tentera berkeliaran di Jalan Raja selepas beberapa kematian peminat bola sepak di stadium Port Said, kelmarin.
SEBAHAGIAN penunjuk perasaan anti tentera berkeliaran di Jalan Raja selepas beberapa kematian peminat bola sepak di stadium Port Said, kelmarin.

KAHERAH: Tiga penunjuk perasaan ditembak mati ketika bertempur dengan polis lewat kelmarin di bandar raya Suez, di tengah kemarahan berikutan kematian 74 orang dalam keganasan berkaitan bola sepak menyebabkan aktivis turut menggesa bantahan besar-besaran baru terhadap tentera yang memerintah.

Tiga puluh cedera dalam pertempuran berkenaan, kata sumber tanpa menyebut pihak yang melepaskan tembakan itu. Saksi berkata, polis melepaskan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan ratusan penunjuk perasaan sebelum menggunakan peluru hidup.
Bagaimanapun, sumber keselamatan menjelaskan, pegawai tidak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan sebaliknya berkata, ratusan orang yang bersenjata menyerang ibu pejabat pasukan keselamatan di timur laut bandar raya itu.
Awal kelmarin, beribu-ribu penduduk mengadakan bantahan di Kaherah, menuduh majlis pemerintah tentera yang mengambil alih kuasa apabila Presiden Hosni Mubarak ditumbangkan setahun lalu, gagal mentadbir negara itu ketika peralihan kuasa.

Polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba merempuh masuk ke dalam pejabat Kementerian Dalam Negeri.

Mereka marah dengan sikap polis tidak campur tangan dalam keganasan Rabu lalu di bandar raya Port Said.

Media, termasuk stesen televisyen pula melaporkan, 1,482 cedera dalam keganasan di ibu negara Mesir itu, kebanyakannya akibat terhidu gas pemedih mata.
Keadaan kembali tenang di tengah Kaherah tengah malam kelmarin, menurut imej yang disiarkan televisyen. Bagaimanapun, beberapa kumpulan penunjuk perasaan terus berkeliaran berhampiran Kementerian Dalam Negeri dan Dataran Tahrir.

Bantahan dicetuskan keganasan Rabu lalu antara peminat bola sepak kelab Al-Masry dari Port Said dan kelab dari Kaherah, Al-Ahly, yang menjadi antara kejadian paling buruk dalam sejarah bola sepak.

Pertempuran berlaku ketika wisel penamat dibunyikan yang menyaksikan Al-Masry menewaskan Al-Ahly dengan 3-1.

Peminat Al-Masry memasuki padang, membaling batu, botol dan bunga api ke arah penyokong Al-Ahly, menyebabkan kekecohan dan kelam kabut ketika pemain dan peminat meninggalkan padang, kata saksi.

“Semuanya bermula dengan provokasi antara dua penyokong kelab itu sebelum mereka saling mengeluarkan kata kesat yang membawa kepada tragedi,” kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim.

Tetapi sebaliknya, ramai ahli Parlimen menyalahkan Ibrahim dalam isu keganasan terbaru itu ketika sesi tergempar diadakan. – AFP/Reuters Berita Harian Online | Tiga maut pergaduhan polis Mesir dengan penunjuk perasaan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment