Pages

Saturday, February 4, 2012

Terbabit dalam pelbagai tindakan undang-undang


WASHINGTON: Ketika Facebook bersiap sedia untuk disenaraikan sebagai syarikat berteknologi tinggi paling kaya di Wall Street, ia berdepan tindakan undang-undang dan saman baru.
Rangkaian sosial itu memohon menawarkan saham AS$5 bilion (RM15 bilion) Rabu lalu yang akan mewujudkan satu daripada syarikat awam terbesar Amerika Syarikat.

Meskipun ketika Facebook mencorak semula cara penduduk di seluruh dunia berkomunikasi, ia berdepan dengan begitu banyak tindakan undang-undang yang akan memerlukan sejumlah besar peguam dan bertahun-tahun untuk menyelesaikannya.Dalam dokumen yang difailkannya kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook berkata, ia kini menghadapi banyak tindakan undang-undang dan lebih banyak lagi dijangka pada masa depan. - APmyMetro | Terbabit dalam pelbagai tindakan undang-undang:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment