Pages

Saturday, February 25, 2012

Banduan asing enggan pindah


BEBERAPA penduduk tempatan dan asing menyerahkan makanan kepada anggota polis untuk dihantar kepada banduan yang dikenali mereka di luar Penjara Kerobokan, Bali semalam.


DENPASAR, Indonesia - Sejumlah banduan asing yang dipindahkan dari sebuah penjara di Bali ekoran rusuhan yang dicetuskan oleh banduan telah kembali ke penjara Kerobokan atas permintaan mereka, kata pihak berkuasa semalam.

Seramai 14 banduan asing yang merupakan antara 60 banduan luar negara di penjara Kerobokan itu telah dipindahkan untuk keselamatan mereka pada lewat kelmarin.

Namun, banduan-banduan tersebut kembali ke penjara tersebut selepas mereka enggan dipindahkan ke penjara lain.

Penjara yang sesak itu turut menempatkan 12 warga Australia yang menjalani hukuman penjara kerana menyeludup dadah.

Seramai 48 banduan asing ditempatkan bersama dengan 1,000 banduan di penjara berkenaan.

Penjara itu kini dikawal oleh sekumpulan banduan selepas berlaku pergaduhan sehingga mengakibatkan para pengawal melarikan diri pada Selasa lalu.

Dalam pergaduhan itu, terdapat banduan yang cedera ditikam.

Pasukan keselamatan Indonesia menggempur penjara itu kelmarin untuk menamatkan rusuhan selepas sekumpulan banduan membakar pejabat penjara dan membaling batu.

Namun, anggota-anggota keselamatan berundur kerana mereka bimbang akan berlaku lagi keganasan.

Menurut seorang pegawai perisik, banduan yang ingin kembali ke penjara itu berasal dari Britain, Denmark. Perancis, Afrika Selatan, Korea Selatan, Thailand, Filipina dan Iran.

Sementara itu, seorang banduan, Myuran Sukumaran ketika ditemui beberapa wartawan berkata, dia tidak mahu berpindah dari penjara tersebut.

"Saya baik di sini. Saya tidak mahu berpindah ke penjara lain, saya mahu terus kekal di sini," katanya.

Beberapa pegawai berkata, terdapat 11 kanak-kanak yang merupakan rakyat tempatan berada di penjara tersebut. - Agensi


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment