Pages

Friday, February 24, 2012

46 maut keganasan terbaru di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 46 orang termasuk 13 sekeluarga terbunuh dalam keganasan terbaru di Syria semalam, kata kumpulan pemantau, hari ini.

Mangsa yang terkorban termasuk 16 anggota keselamatan, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
“Sekurang-kurangnya 13 ahli keluarga dan seorang penduduk tempatan juga terkorban dalam serangan oleh pasukan keselamatan Syria di perkampungan Kafar al-Ton, di tengah-tengah wilayah Hama,” menurut badan pemerhati itu.
Di wilayah sama, empat orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibunuh di perkampungan Sawine dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun turut maut di Morik. - AFP

Berita Harian Online | 46 maut keganasan terbaru di Syria:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment