Pages

Saturday, February 25, 2012

Geng seludup tanduk badak sumbu tumpas di AS



tanduk badak sumbu dan wang tunai yang dirampas oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar AS dalam beberapa serbuan dipamerkan di Torrance, California kelmarin.


LOS ANGELES – Tujuh orang ditangkap atas dakwaan menyeludup masuk tanduk haiwan badak sumbu di Los Angeles dan New York, kata beberapa pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara AS, Thom Mrozek, empat daripada mereka ditangkap di sini.

Salah seorang warga China, Jin Zhao Feng juga ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Pihak berkuasa mengesyaki dia memantau penghantaran berpuluh-puluh tanduk badak sumbu dari AS ke China.

Menurut satu kenyataan Jabatan Kehakiman dan Dalam Negeri AS, ejen-ejen Perkhidmatan Hidupan Liar dan Perikanan termasuk pihak kastam serta imigresen telah membuat tangkapan di lima buah negeri.

Tangkapan itu dibuat selepas siasatan selama 18 bulan dilakukan berhubung sindiket penyeludupan tanduk badak sumbu.

Tanduk badak sumbu itu dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser.

Pihak berkuasa juga menemui wang tunai sebanyak AS$337,000 (RM1.06 juta) daripada salah seorang yang ditangkap itu di Lapangan Terbang Long Beach di Florida pada 9 Februari lalu. – Agensi


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment