1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.Rujukan : Tasauf di Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
Pages
Friday, February 18, 2011
Pengertian Takut atau Khauf kepada Allah SWT
Membaiki hidung yang telah dipotong oleh suami sendiri
هكذا تشرح الفتاة الأفغانية بيبي عائشة ذات الـ 18 ربيعاً حالتها عندما قُطع أنفها وأذنيها بعد خلافات مع زوجها وذلك في لقاء سابق مع قناة CNN الإخبارية .
فازت الصورة التي التقطها المصور Jodi Bieber من جنوب أفريقيا بالمركز الأول في مسابقة التصوير الصحفي العالمية 2011 .
Aidan Sullivan
صورة الفتاة الأفغانية على غلاف مجلة التايم
صورة حديثة بعد عمليات التجميل
Pengebom anggota marin Rusia
MOSCOW 17 Feb. - Seorang remaja yang dikenal pasti sebagai pengebom berani mati dalam insiden letupan yang mengorbankan 36 orang di lapangan terbang Moscow pada bulan lalu pernah berkhidmat dalam pasukan marin di timur Rusia.
Magomed Yevloyev, 20, berasal dari Ingushetia, wilayah Caucasus dikenal pasti sebagai pengebom berani mati dalam serangan pada 24 Januari lalu di Lapangan Terbang Domodedovo yang turut mencederakan lebih 100 orang.
Beberapa bulan sebelum serangan itu, Yevloyev berkhidmat dalam angkatan laut pasifik Rusia yang berpangkalan di timur Vladivostok, lapor akhbar Kommersant, hari ini yang memetik sumber polis wilayah.
Yevloyev menjalani latihan awal dengan rejimen ke-165 Marin di Vladivostok dan berkhidmat dalam angkatan tentera laut itu selama tiga bulan, sebelum menerima cuti kerana ayahnya sakit.
Ketika menjadi tentera laut, Yevloyev telah menjalani rawatan kerana menghidap resdung dan X-ray yang dilakukan ke atas hidungnya telah digunakan untuk mengenal pasti pengebom berani mati itu.
Dia tidak pernah kembali untuk berkhidmat dalam pasukan marin bagi menamatkan perkhidmatannya selepas mengambil cuti itu.
Bapanya yang tinggal di perkampungan Ingushetiya, Ali-Yurt berkata, anak sulungnya itu meninggalkan rumah pada September lalu dan hanya melawatnya sekali sebelum serangan itu untuk melawat adik-adiknya. - AFP"
Laporan sahkan Israel serang loji nuklear Syria
BAITULMAQDIS 17 Feb. - Satu rakaman video mengenai kejayaan ketua tentera Israel yang baru bersara secara tidak langsung mengesahkan penglibatan negara Zionis Israel itu dalam serangan ke atas program nuklear Iran dan Syria, menurut sebuah akhbar harian Israel.
Akhbar Haaretz melaporkan, video yang disiarkan pada majlis perpisahan Ketua Turus, Gabi Ashkenazi pada Isnin lalu merakamkan serangan bom ke atas reaktor nuklear di Syria pada 2007 dan kerosakan program nuklear Iran melalui cacing komputer, Stuxnet.
Akhbar itu berkata, rakaman itu juga menunjukkan liputan pertanyaan sama ada Israel mungkin terlibat dalam kedua-dua serangan tersebut.
Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika Ashkenazi memegang jawatan sebagai Ketua Turus Tentera Israel, namun rejim Zionis Israel tidak pernah mengaku terlibat dalam kedua-dua serangan tersebut.
Bagaimanapun, dokumen yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks menunjukkan pasukan udara Israel mengebom reaktor nuklear Syria beberapa minggu sebelum ia mula beroperasi. - AFP"
Algeria tarik darurat hujung Februari
ALGIERS 17 Feb. - Perdana Menteri Algeria, Ahmed Ouyahia semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkusakan di negara ini sejak 19 tahun lalu pada hujung bulan ini.
Sebelum ini, Presiden Abdelaziz Bouteflika berjanji untuk menarik balik perintah darurat itu awal bulan ini sebagai sebahagian daripada pakej kompromi untuk menyekat tunjuk perasaan antikerajaan merebak di Algeria.
'Perintah darurat akan ditarik balik sebelum hujung bulan ini, selari dengan pengumuman beberapa keputusan berhubung masalah perumahan, pengangguran dan pentadbiran negara,' lapor agensi berita rasmi APS yang memetik Ouyahia sebagai berkata.
Beratus-ratus penunjuk perasaan antikerajaan melancarkan protes di ibu negara Algiers pada Sabtu lalu, tetapi berjaya dikawal oleh polis.
Kumpulan antikerajaan merancang melancarkan demonstrasi pada setiap Sabtu sehinggalah kerajaan melaksanakan pembaharuan dan demokrasi di Algeria. - Reuters"
Enam maut di Libya
TRIPOLI 17 Feb. - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Libya dan penunjuk perasaan semalam, menurut laman web pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, hari ini, ketika Libya menghadapi 'Hari Kemarahan' di seluruh negara.
Laman web dan kumpulan hak asasi Libya yang beribu pejabat di London berkata, pertempuran antara penunjuk perasaan antirejim Muammar Gaddafi dengan pasukan keselamatan tercetus di timur pekan al-Baida, semalam.
"Pasukan keselamatan dan militia daripada Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup untuk meleraikan demonstrasi yang diadakan secara aman oleh golongan muda di pekan al-Baida.
"Tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terkorban dan ramai lagi cedera," lapor Libya Watch, kumpulan hak asasi kemanusiaan yang beribu pejabat di London.
Laman web pembangkang termasuk Libya al-Youm turut melaporkan sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan terbunuh akibat ditembak.
Berpuluh-puluh golongan muda Libya berhimpun di al-Baida malam tadi sambil memekik 'Rakyat mahu gulingkan rejim Gaddafi'.
Libya hari ini turut berhadapan 'Hari Kemarahan' yang dicetuskan oleh aktivis siber, dua hari selepas pertempuran di bandar kedua terbesar di negara ini, Benghazi mengakibatkan sekurang-kurangnya 38 orang cedera.
Semalam, kerajaan Gadaffi membebaskan 110 anggota Kumpulan Pejuang Islam Libya termasuk tiga pemimpinnya bagi mengendurkan demonstrasi. - AFP
Bahrain guna kereta kebal
MANAMA 17 Feb. - Polis Bahrain menggempur khemah penunjuk perasaan di Dataran Pearl di Manama awal pagi semalam, mengakibatkan sekurang- kurang empat orang terbunuh.
Kira-kira 50 kereta kebal turut ditempatkan di ibu kota negara ini ketika kerajaan cuba menyuraikan demonstrasi bantahan sejak tiga hari lalu.
Seorang ahli Parlimen parti pembangkang, Wefaq, Ibrahim Mattar berkata, dua orang disahkan terbunuh dan ramai lagi cedera teruk dalam kejadian itu.
Seorang lagi ahli Parlimen Wefaq, Sayed Hadi berkata, seorang lagi penunjuk perasaan turut terbunuh, menjadikan angka kematian kepada lima orang sejak demonstrasi bermula di Bahrain awal minggu ini. - Reuters
Tiga negara Arab makin huru-hara
PENYOKONG kerajaan Yaman mengejar penunjuk perasaan antikerajaan dalam pertempuran di Sanaa, semalam. |
SEORANG penyokong kerajaan membawa potret Gaddafi dalam perhimpunan di Tripoli. |
LELAKI Bahrain menunjukkan bekas gas pemedih mata dilepaskan anggota keselamatan ke arah penunjuk perasan di Manama. |
21 maut pihak berkuasa Libya Bahrain, Yaman guna kekerasan
MANAMA: Polis pencegah rusuhan menyerbu Dataran Mutiara di ibu negara Bahrain sambil menembak peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkhemah sepanjang malam, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera.
Saksi dan kumpulan pembangkang berkata, sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila polis melancarkan operasi tanpa amaran kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan, menyebabkan penunjuk perasaan lari bertempiaran.
“Mereka menyerang dataran tempat beratus-ratus orang berkhemah. Mana-mana penunjuk perasaan yang berdegil dikejar,” kata seorang saksi, Fadel Ahmad, 37.
Di Hospital Salmaniya, hospital utama di Manama, kakitangan perubatan melaporkan keadaan sesak dan sibuk ketika ambulans dan kenderaan persendirian, berulang-alik membawa mangsa yang cedera, tiga hingga empat jam selepas serbuan dilakukan.
Di LIBYA, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan, di bandar Al-Baida, lapor pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika negara itu berdepan ‘Hari Kemarahan’ selepas menerima gesaan aktivis menerusi internet.
Laman web yang dipantau dari Cyprus dan kumpulan hak asasi Libya beribu pejabat di London berkata, pasukan keselamatan dan militia Jawatankuasa Revolusi melepaskan tembakan peluru hidup bagi menyuraikan kumpulan belia yang berhimpun secara aman menyebabkan empat orang terbunuh.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi, Human Rights Solidarity beribu pejabat di Geneva berkata, penembak curi yang bersembunyi di bumbung bangunan, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.
Rakaman video yang tersebar di internet menyiarkan gambar berpuluh pemuda Libya yang berkumpul di Al-Baida malam semalam melaungkan kata-kata ‘rakyat mahu menjatuhkan rejim’ manakala sebuah bangunan kelihatan terbakar.
Di YAMAN, polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dalam pertempuran di Sanaa, menyebabkan dua orang terbunuh, kematian pertama dalam tunjuk perasaan yang sudah berlarutan selama tujuh hari, bagi mendesak presiden Ali Abdullah Salleh meletak jawatan.
Saksi berkata, kira-kira 2,000 anggota polis dikerah ke jalan raya, menutup pagar Universiti Sanaa dengan rantai besi bagi menghalang beribu-ribu pelajar yang berhimpun daripada berarak keluar dan menyertai penunjuk perasaan di tempat lain.
Kumpulan yang menamakan diri mereka Pergerakan 24 Februari menggesa rakyat Yaman menyertai perhimpunan ‘Sejuta Rakyat’ dalam apa yang dinamakan ‘Kemarahan Jumaat’ di semua bandar di Yaman mendesak Presiden Ali Abdullah Salleh disingkirkan selepas berkuasa selama 32 tahun. – Agensi Berita Harian Online | Tiga negara Arab makin huru-hara
Penyokong Ali, pembangkang bertempur: 25 cedera
SANAA: Pertembungan di antara kumpulan antikerajaan dan penyokong rejim Presiden Ali Abdullah Salleh menyebabkan sekurang-kurangnya 25 cedera di Sanaa, semalam. Pihak berkuasa pula ditempatkan di bandar raya Aden bagi menghadapi kemungkinan protes besar-besaran diadakan.
Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan - kebanyakannya mahasiswa - meninggalkan Universiti Sanaa menuju Dataran Tahrir di tengah Sanaa sebelum mereka diserbu penyokong kerajaan.
Kumpulan yang setia dengan Ali menunggu penunjuk peraasan berhampiran kawasan universiti itu sejak awal pagi dan menyerang mereka menggunakan batang kayu dan batu.
Sebaik saja aktivis pembangkang melaungkan slogan “Rakyat mahu menumbangkan rejim”, mereka dihujani batu daripada penyokong Ali.
Polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi mengawal keadaan, tetapi mereka kemudian berundur dari situ apabila penyokong kerajaan terus menyerang aktivis universiti. - AFPmyMetro | Penyokong Ali, pembangkang bertempur: 25 cedera
Bahrain gempur Dataran Mutiara
MANAMA: Polis antirusuhan menyerbu Dataran Mutiara yang menjadi kubu penunjuk perasaan antikerajaan awal pagi semalam, sambil melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata.
Ekoran keganasan itu, kata saksi dan pembangkang, empat orang awam maut.
Menurut mereka, kadar kecederaan akibat serbuan mengejut polis kira-kira jam 3 pagi itu mencecah 95 peratus.
Saksi berkata polis menyerbu kawasan lapang itu menyebabkan ratusan penunjuk perasaan yang bermalam di bawah khemah lari bertempiaran.
Mereka kemudian terus diburu ketika helikopter polis berlegar-legar di udara.
Di Hospital Salmaniya, petugas sibuk mengendalikan mangsa cedera dibawa ambulans dan kereta persendirian sehingga tiga jam selepas serbuan bermula.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka tidak ada pilihan selain menyerbu penunjuk perasaan berkenaan.
“Tindakan dibuat selepas semua peluang berdialog gagal,” katanya. - AFPmyMetro | Bahrain gempur Dataran Mutiara
Penembak tepat bunuh orang awam
PUJAAN HATI...penyokong Muammar Gaddafi menyatakan sokongan kepada pemimpin Libya itu di Tripoli, semalam. |
TRIPOLI: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya, kata pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, semalam.
Menjelang perarakan Hari Kemarahan yang dianjurkan aktivis siber hari ini, mereka mendakwa pasukan keselamatan Libya dan Jawatankuasa Revolusi menggunakan peluru hidup bagi memaksa penunjuk perasaan aman anjuran pergerakan pemuda al-Baida bersurai.
Pertubuhan hak asasi berpangkalan di London, Libya Watch, berkata sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan maut.
Pertubuhan hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva, Human Rights Solidarity, pula berkata penembak tepat ditempatkan di bumbung bangunan membunuh sehingga 13 penunjuk perasaan.
Berpuluh-puluh yang lain pula cedera.
Perarakan Kemarahan yang dirancang itu bakal menjadi ujian kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, 68, yang memerintah negara itu sejak 1969. - AFPmyMetro | Penembak tepat bunuh orang awam
Polis cari pemilik kasut gergasi ditemui
Sanggup tunggu kereta diselamatkan dalam sungai
LIN FU memegang tali kren yang digunakan untuk menyelamatkannya dari sebatang sungai di Shuangxiu, China baru-baru ini. |
BEIJING - Seorang lelaki, Lin Fu sanggup menggadai nyawanya sendiri apabila dia berdiri di atas keretanya yang terjunam ke dalam sebatang sungai di Shuangxiu, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Sudah 249 hari Belgium tiada kerajaan
Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi
Dua maut di Libya
Tentera kawal ibu kota Bahrain
Hosni dilihat bersarapan pagi
SHARM EL SHEIKH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dilaporkan sakit dilihat bersarapan pagi di sebuah pantai di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu sumber berpengaruh memberitahu stesen televisyen ABC, Hosni kini berada di resort miliknya di sini dengan ditemani oleh dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa.
Kedua-dua isteri dan anak lelaki mereka, bagaimanapun telah meninggalkan Mesir.
Sumber itu berkata, memang benar Hosni, 82, menghadapi masalah kesihatan kerana doktor peribadinya turut menemaninya di sini.
Namun, kata sumber itu, Hosni yang meletak jawatan selepas memerintah Mesir hampir 30 tahun dilihat sihat bersarapan pagi di tepi pantai.
Kebimbangan mengenai kesihatan pemimpin itu timbul pada minggu lalu selepas terdapat laporan bahawa beliau berada dalam keadaan koma setelah meletak jawatan.
Sementara itu, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang mengambil alih pentadbiran Mesir menyatakan, ia terkejut dengan gejala rasuah yang begitu berleluasa dalam pentadbiran Hosni sebelum ini.
Tidak lama selepas mengambil alih kuasa, pihak tentera telah meminta aset beberapa pegawai tertinggi pentadbiran negara dibekukan sehingga siasatan yang dilakukan terhadap mereka selesai dilakukan. - Agensi