Pages

Friday, February 18, 2011

Dua maut di Libya




SEJUMLAH penunjuk perasaan memegang poster Muammar Gaddafi dalam tunjuk perasaan bagi menyokong pemerintahannya di Tripoli, Libya semalam.


TRIPOLI - Dua orang terbunuh dalam beberapa pertempuran dengan anggota-anggota keselamatan di timur Libya manakala seorang pegawai keselamatan dipecat berhubung kematian itu, lapor sebuah akhbar Libya, Quryna di laman webnya semalam.
Memetik sumber-sumber keselamatan, akhbar itu menyatakan, Kementerian Dalam Negeri memecat Ketua Keselamatan di wilayah Al-Jabal Al-Akhdar, Kolonel Hassan Kardhaoui selepas kematian dua penunjuk perasaan, Khaled Khanfer dan Saad al-Yamani kelmarin.
Menurut akhbar berkenaan, kejadian itu berlaku dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan pemimpin Libya, Muaar Gaddafi.
Para penunjuk perasaan itu bertindak membakar beberapa buah kereta polis dan kenderaan milik orang awam.
Menurut akhbar itu, polis telah menutup premis-premis perniagaan di bandar Al-Baida, timur Libya.
Tindakan tersebut mencetuskan pertempuran antara pemilik-pemilik kedai dengan pihak polis sebelum keadaan menjadi semakin buruk.
Laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan laman web pembangkang pula memberitahu, antara empat hingga 13 orang terbunuh dalam beberapa pertempuran di Al-Baida. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment