Pages

Friday, February 18, 2011

Bahrain gempur Dataran Mutiara


MANAMA: Polis antirusuhan menyerbu Dataran Mutiara yang menjadi kubu penunjuk perasaan antikerajaan awal pagi semalam, sambil melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata.
Ekoran keganasan itu, kata saksi dan pembangkang, empat orang awam maut.

Menurut mereka, kadar kecederaan akibat serbuan mengejut polis kira-kira jam 3 pagi itu mencecah 95 peratus.
Saksi berkata polis menyerbu kawasan lapang itu menyebabkan ratusan penunjuk perasaan yang bermalam di bawah khemah lari bertempiaran.

Mereka kemudian terus diburu ketika helikopter polis berlegar-legar di udara.

Di Hospital Salmaniya, petugas sibuk mengendalikan mangsa cedera dibawa ambulans dan kereta persendirian sehingga tiga jam selepas serbuan bermula.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, mereka tidak ada pilihan selain menyerbu penunjuk perasaan berkenaan.

“Tindakan dibuat selepas semua peluang berdialog gagal,” katanya. - AFPmyMetro | Bahrain gempur Dataran Mutiara

No comments:

Post a Comment