Pages

Sunday, December 25, 2011

Tentera nafi rampas kuasa

ISLAMABAD 24 Dis. - Tentera Pakistan semalam menafikan dakwaan akan melakukan rampasan kuasa dan berikrar akan terus menyokong demokrasi di negara ini, ketika ketegangan berhubung satu surat mendakwa rancangan itu sedang dirancang.
Pada masa sama, jurucakap Presiden Asif Ali Zardari, Farhatullah Babar menyatakan pemimpin utama Pakistan itu kembali bertugas selepas menjalani rawatan di Dubai.
"Beliau kini bertugas seperti biasa. Berita bahawa Presiden akan meninggalkan negara selepas 27 Disember ini adalah tidak benar. Beliau berada di Pakistan dan akan kekal di sini,'' ujarnya.
Zardari dijangka berucap di satu perhimpunan sempena ulang tahun keempat pembunuhan isterinya, bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada 27 Disember ini.
Kenyataan tentera yang memetik ketuanya, Jeneral Ashfaq Kayani berkata, tentera akan terus menyokong demokrasi di Pakistan.
"Sebarang khabar angin mengenai rancangan tentera akan merampas kuasa hanyalah spekulasi,'' ujar kenyataan itu.
Kebanyakan penduduk Pakistan tertanya-tanya sama ada Zardari akan terus kekal berkuasa ekoran krisis itu dengan spekulasi menyatakan jeneral-jeneral tentera yang berpengaruh merancang untuk merampas kuasa. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment