Pages

Sunday, December 25, 2011

Ribut: ASEAN bantu Filipina


Mangsa-mangsa banjir dan ribut beratur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menerima bekalan ubat di sebuah pusat pemindahan sementara di bandar Cagayan de Oro City, Mindanao, kelmarin. - AFP


JAKARTA 24 Dis. - ASEAN bersedia memberi bantuan dan sokongan kepada Filipina bagi membantu dalam usaha pemulihan selepas negara itu dilanda Ribut Tropika Washi pada 17 Disember lalu yang menyebabkan beribu orang maut.
Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan berkata, Sekretariat ASEAN akan bekerjasama dengan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN bagi menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan.
Beliau berkata, pusat tersebut yang dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-19 bulan lepas, telah memantau situasi di Filipina.
"Pusat berkenaan memberi khidmat nasihat kepada negara-negara ASEAN dan rakan luar dalam bantuan kecemasan yang diperlukan pada peringkat ini,'' katanya dalam surat takziah kepada Setiausaha Hubungan Luar Filipina, Albert F. Del Rosari.
Surin berkata, negara-negara anggota ASEAN akan bersama membantu dengan semangat perpaduan serantau.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, Filipina mengisytiharkan keadaan darurat akibat bencana alam pada 20 Disember lalu ekoran ribut tropika itu. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment