Pages

Sunday, December 25, 2011

Jururawat dipecat tutup mulut pesakit

SALT LAKE CITY 24 Dis. - Dua jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di Utah dipecat minggu lepas kerana menutup mulut seorang pesakit wanita dengan pita pelekat dan berjenaka mengenai kejadian itu.
Pesakit tersebut, Penny Artalejo dimasukkan ke Pusat Perubatan Utah Valley di Provo pada 17 Disember lalu kerana muntah selepas mengambil ubat untuk sakit leher kronik.
Anak perempuan Artalejo, Brittany Bilson berkata, emaknya mengalami kancing gigi dan dia merintih kesakitan.
"Jururawat berkenaan menyuruh ibu saya senyap, melekatkan pita pelekat ke mulutnya dan berjenaka mereka akan dipecat jika ditangkap melakukan perbuatan itu.
"Tindakan itu tidak berperikemanusiaan. Kami mengharapkan mereka menjaga orang yang kami sayangi dan berharap perkara buruk tidak berlaku,'' ujarnya.
Artelejo berkata, dua jururawat berkenaan mengetahui perbuatan mereka itu salah dan dia juga sedar apa yang berlaku walaupun berada dalam kesakitan.
Bilson marah apabila dimaklumkan kejadian itu oleh ibunya dan terus melaporkan kepada ketua jururawat dan pihak pentadbiran pusat perubatan itu.
Jurucakap pusat perubatan itu, Janet Frank berkata, siasatan penuh sedang dijalankan dan jururawat yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita telah dipecat Rabu lalu. - AGENSI
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment