Pages

Friday, December 30, 2011

Bom Taliban bunuh 10 polis tamat latihan

KANDAHAR: Serangan bom Taliban membunuh 10 anggota polis Afghanistan yang baru pulang dari kem latihan di Nad-e Ali, di wilayah Helmand di selatan negara itu, semalam, kata pihak berkuasa.

Mangsa adalah pasukan polis tempatan dibiayai AS yang diwujudkan tahun lalu dan dianggap menjadi pihak utama untuk penyerahan kawalan keselamatan apabila semua tentera asing meninggalkan Afghanistan pada akhir 2014.


Jurucakap gabenor wilayah itu, Daud Ahmadi, berkata seramai 10 polis terbunuh dan seorang cedera selepas sebuah kenderaan meletup di tepi jalan di daerah Nad-e Ali.

“Anggota polis berkenaan dalam perjalanan pulang dari kem latihan,” katanya. Tiga daripada anggota polis yang maut itu baru saja menjawat jawatan itu.


Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi, mengakui kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap serangan itu.


“Pejuang mujahidin menyerang kenderaan polis dan hasilnya 10 anggota polis terbunuh termasuk seorang komander polis,” katanya.

Sebahagian wilayah Helmand masih tidak stabil walaupun menurut Presiden Hamid Karzai, Nad-e Ali adalah antara daerah yang akan diserahkan Nato kepada kawalan polis Afghan dalam peralihan kuasa peringkat kedua. - AFP

myMetro | Bom Taliban bunuh 10 polis tamat latihan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment