Pages

Friday, December 30, 2011

Henti seludup senjata: Syria

BEIRUT: Wakil Syria ke Beirut menggesa Lubnan menghentikan kegiatan penyeludupan senjata di sempadan kerana aktiviti itu menggalakkan keganasan.

Dalam satu wawancara bersama pentadbir laman web Hezbollah, al-Intiqad, Ali Abdelkarim menyeru Lubnan mengambil langkah serius dan tegas untuk mengakhiri kegiatan penyeludupan senjata dari negara itu ke Syria dan tidak mengalah dengan tekanan antarabangsa.


Ali, duta pertama Syria ke Lubnan mengaitkan isu penyeludupan senjata itu dengan al-Qaeda yang beroperasi di sepanjang sempadan Lubnan-Syria mengulang kenyataan yang disuarakan Menteri Pertahanan Lubnan pro-Syria awal bulan ini. “Pendedahan Menteri Pertahanan Lubnan, Fayez Ghosn, yang mendakwa anggota al-Qaeda memasuki Syria melalui sebuah Kampung Aarsal di sempadan Lubnan adalah isu yang perlu ditangani dengan serius,” katanya.

Menurut Ali, penyeludupan senjata serta keganasan berjalan seiring dan langkah untuk menanganinya perlu diambil segera.


Kumpulan Hezbollah yang disokong Syria dan Iran mendominasi kerajaan Perdana Menteri Najib Mikati, sekutu utama Presiden Syria, Bashar al-Assad, yang menyalahkan keganasan di negaranya berlaku disebabkan kumpulan pengganas bersenjata.


Kumpulan pembangkang yang disokong Barat dan menyokong penunjuk perasaan di Syria mengecam Fayez sebagai menteri pertahanan kepada regim Bashar. Sementara itu, majlis pertahanan Lubnan mengadakan pertemuan bagi membincangkan ketegangan yang kian memuncak di sempadan yang menyaksikan kejadian tembak-menembak beberapa minggu kebelakangan ini apabila tentera Syria memburu pemberontak dan askar belot. Menurut kenyataan dikeluarkan, majlis itu menegaskan pengawalan keselamatan perlu dilakukan di kawasan kampung dekat sempadan dan kegiatan penyeludupan senjata ke dan dari Lubnan juga perlu dihalang. - AFP

myMetro | Henti seludup senjata: Syria:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment