Pages

Friday, December 30, 2011

2 askar Nato maut ditembak tentera Afghan

KABUL: Seorang anggota tentera Afghanistan yang lengkap beruniform menembak mati dua askar Nato dari Perancis, semalam, kata kerajaan Perancis dalam satu serangan terbaru anggota keselamatan Afghanistan terhadap rakan sekutu mereka.

Kenyataan dari pejabat Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, menyatakan seorang askar Afghanistan melepaskan tembakan ke arah dua tentera itu yang berkhidmat dengan regimen kedua Pasukan Tentera Asing. Tahun ini menjadi tahun paling buruk bagi pasukan tentera Perancis di Afghanistan sejak operasi antarabangsa bermula pada 2001. Kematian semalam meningkatkan bilangan tentera Perancis yang terbunuh tahun ini kepada 26 dan seramai 78 sejak 10 tahun konflik tercetus. Bilangan itu mencatat jumlah kematian tentera Nato yang terbunuh di Afghanistan pada bulan ini kepada 25, manakala jumlah kematian bagi tahun ini seramai 541. Jumlah itu dianggap rendah berbanding 2010 apabila lebih 700 maut.


Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid, mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ke atas askar Perancis itu dalam e-mel dan mengenal pasti penyerang sebagai Mohammed Ibrahim. Menurutnya, serangan itu berlaku di kem tentera di Shamshad di timur wilayah Kapisa, kira-kira 60 kilometer di timur laut Kabul. Sementara itu, Nato berkata pihaknya masih menyiasat mengenai kejadian itu. Bagaimanapun ia tidak menyatakan jika penyerang itu dibunuh atau ditangkap. - AP

myMetro | 2 askar Nato maut ditembak tentera Afghan:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment