Pages

Saturday, August 27, 2011

Gaddafi mahu jadikan Lampedussa ‘neraka’

ROME: Itali mendakwa mempunyai bukti menunjukkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi merancang menjadikan Pulau Lampedussa ‘neraka,’ dengan menghantar beribu-ribu pendatang Afrika dengan bot.
Menteri Luar, Franco Frattini berkata, Libya sejak sekian lama menjadi tempat berkumpul beribu-ribu pendatang Afrika yang belayar ke Eropah menerusi Lampedusa. Perjanjian antara Gaddafi dengan Itali untuk menghantar pulang pendatang sebelum mereka memasuki perairan Itali berjaya mengekang kebanjiran pendatang, sehingga kebangkitan Libya awal tahun ini menjejaskan kawalan ketat sempadan dan menarik kedatangan baru pendatang.

Itali yang pernah menjadi sekutu paling rapat Gaddafi di Eropah, menjadi sasaran kemarahannya selepas ia mengiktiraf kumpulan pemberontak dan menyertai kempen Nato mengebom negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment