Pages

Saturday, August 27, 2011

Tentera kerajaan dituduh rogol kanak-kanak

LONDON: Tentera penyokong kerajaan Libya didakwa merogol kanak-kanak, manakala pemberontak menjadikan pekerja warga asing sebagai tahanan, lapor Amnesty International (AI) semalam.
Menggesa kedua-dua pihak menghormati hak asasi tahanan, AI berkata, delegasinya menemui bukti budak lelaki dalam tahanan di Penjara Abu Salim dibawa keluar dari sel mereka untuk diliwat.

Seorang bekas tahanan berkata, ada antara mangsa liwat itu dibawa dalam keadaan longlai dengan pakaian koyak dan hampir berbogel.

“Ada dua budak mengadu dia dirogol berkali-kali,” katanya.

AI berkata, pemberontak juga melakukan salah laku dan mempunyai bukti terhadap penganiayaan di bandar Zawiyah.

“Pegawai tahanan Zawiyah berkata, satu pertiga penghuni penjara itu adalah ‘tentera asing’, termasuk dari Chad, Niger dan Sudan.


“Bagaimanapun, wakil AI diberitahu tahanan, mereka adalah pekerja asing,” katanya.

Beberapa tahanan pula mendakwa, mereka ditahan semata-mata kerana berbeza warna kulit dan diancam untuk dibunuh. - AFP

No comments:

Post a Comment