Pages

Saturday, August 27, 2011

Tiada hasrat kuasai kekayaan Libya

ROME: Itali dan Perancis tidak terbabit dalam persaingan era kolonial bagi menguasai kekayaan Libya, kata Menteri Luar, Franco Frattini, semalam.
Dalam temu bual dengan stesen radio Rai, Frattini berkata kedua-dua negara tidak berlumba-lumba untuk sampai terlebih dulu ke negara kaya dengan sumber semula jadi itu.

“Kita lupa bahawa wira sebenar adalah rakyat Libya,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi Itali terhadap dakwaan media negara itu yang menyatakan, Rome dan Paris kini berlumba-lumba untuk mendapatkan kontrak terbaik dalam era pasca Muammar Gaddafi. - AP

No comments:

Post a Comment