Pages

Saturday, July 2, 2011

Robot bantu doktor gigi jalani latihan

TOKYO: Syarikat pembuat anak patung seks sudah mencipta robot menyerupai manusia yang boleh membuka mulut, batuk, bersin dan bercakap untuk kegunaan bakal doktor gigi menjalani latihan.

Robot yang menakjubkan itu, malah boleh menggerakkan lidah dicipta oleh syarikat - yang membuat robot seks bernilai 6,000 pound (RM30,000).


Robot yang kelihatan hidup dan digelar Hanako itu akan dikeluarkan selepas menjalani percubaan di universiti berprestij di negara ini. Syarikat hiburan dewasa Orient dipelawa mencipta robot itu apabila pelabur Fakulti Pergigian Universiti Showa tidak berpuas hati dengan model robot terdahulu yang kelihatan sangat menakutkan.

myMetro | Robot bantu doktor gigi jalani latihan

No comments:

Post a Comment