Pages

Saturday, July 2, 2011

PBB, Nato tahu tindakan Perancis

MOSCOW: Perancis semalam berkata, mereka memaklumkan sekutunya dalam Nato dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membekalkan senjata api kepada pemberontak Libya.

Menteri Luar, Alain Juppe, berkata bekalan itu hanya untuk mempertahankan orang awam daripada serangan tentera rejim Muammar Gaddafi.


“Ia selaras dengan resolusi PBB terhadap konflik di Libya,” katanya. selepas bertemu rakan sejawatan dari Russia, Sergei Lavrov.

Kata Juppe, Resolusi 1970 dan 1973 diluluskan PBB baru-baru ini menyatakan semua langkah melindungi orang awam Libya dianggap sah.


Resolusi 1970 menyatakan semua pihak dilarang menghantar senjata kepada Libya, manakala Resolusi 1973 membenarkan “semua langkah perlu” diambil bagi melindungi orang awam. - AFP

myMetro | PBB, Nato tahu tindakan Perancis

No comments:

Post a Comment