Pages

Saturday, July 2, 2011

6 bulan 12kg


LUAR BIASA...Ahmad Faleeq Darwish jadi perhatian ramai dengan kemontelannya.
LUAR BIASA...Ahmad Faleeq Darwish jadi perhatian ramai dengan kemontelannya.

BESUT: Seorang bayi berusia enam bulan yang mempunyai berat lebih 12 kilogram (kg) di Kampung Gaung, Jerteh dekat sini dianggap luar biasa hingga menarik perhatian orang ramai.
Ahmad Faleeq Darwish Abdullah, anak bongsu daripada empat beradik yang membesar dalam keadaan sihat dan kini mampu memakai seluar pendek milik abangnya, Fayyadh Darish berumur 4 tahun. Ahmad yang diukur setinggi 65 sentimeter itu anak kepada pasangan Abdullah Mohamad, 52, dan Zulida Mat Isa, 38, dilahirkan secara normal pada 14 November tahun lalu dengan berat 3.6 kilogram dan tidak pernah diberikan susu lain selain menyusu susu ibunya.

Ketika kunjungan ke rumah pasangan itu, Zulida memberitahu, lazimnya bayi seusia anaknya itu mempunyai berat badan kira-kira tujuh kilogram.
Katanya, ketika mengandung selama sembilan bulan, beliau hanya memakan makanan biasa dan tidak mengambil apa-apa makanan tambahan dan apabila bersalin berat bayinya itu sama seperti bayi lain.

“Tetapi kami menyedari Ahmad Faleeq Darwish cepat membesar berbanding dengan bayi yang sebaya dengannya,” kata beliau.

Menurutnya, dia ada membawa bayinya itu ke klinik kesihatan ibu dan anak di Jerteh untuk pemeriksaan biasa tetapi diberitahu bayinya itu tidak mengalami masalah obesiti kerana hanya mengambil susu ibunya. - BernamamyMetro | 6 bulan 12kg

No comments:

Post a Comment