Pages

Tuesday, May 3, 2011

Ratusan kanak-kanak berarak gesa presiden Yaman diguling

SANAA: Ratusan kanak-kanak Yaman mengadakan bantahan di ibu kota negara itu di Sanaa, semalam, menggesa Presiden Ali Abdullah Saleh digulingkan.
Kanak-kanak itu dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan memakai jubah merah, putih dan hitam, bagi mencerminkan warna-warna bendera kebangsaan Yaman.Para pembantah itu berarak dari bahagian utara kawasan dataran sepanjang tiga kilometer di luar bangunan Universiti Sanaa hingga ke bahagian selatannya, sambil melaungkan slogan-slogan menggesa Encik Saleh digulingkan.'Kanak-kanak mahu menggulingkan rejim ini. Kami mahu pendidikan bebas... Mengapa harga susu terlalu tinggi,' laung kanak-kanak itu, sedang mereka terus menggesa: Saleh pergilah, pergilah... supaya kami boleh mendapatkan masa depan lebih baik'.Kanak-kanak perempuan di kalangan pembantah itu memegang sepanduk dalam bahasa Arab yang bermakna 'pergilah' sambil berjalan.Kanak-kanak lain pula memegang sepanduk yang berbunyi: 'Tolonglah pergi, saya mahu menonton kartun animasi.'Salah seorang penganjur bantahan itu, Cik Sahar al-Raymi, memberitahu agensi berita Xinhua News bahawa perarakan kanak-kanak itu mewakili 'permintaan-permintaan rakyat Yaman'.'Lihatlah! Kami rakyat Yaman, lelaki, wanita dan kanak-kanak pergi ke jalan raya untuk memberitahu presiden supaya pergi (meninggalkan jawatannya)... Tuan presiden, orang-orang ini tidak mahu lagi hidup dalam keadaan terhina dan kini mahu hidup bermaruah,' katanya.Yaman telah menyaksikan bantahan antipemerintah sejak tiga bulan lalu yang meminta Encik Saleh menamatkan pemerintahannya selama 33 tahun itu, hingga menjejas keselamatan dan kestabilan negara tersebut.Satu perjanjian menamatkan krisis politik di Yaman, antara negara paling miskin di dunia Arab, hampir gagal lewat kelmarin, setelah Encik Saleh secara peribadi enggan menandatanganinya.Ia meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya lebih banyak pertumpahan darah dalam negara yang menghadapi masalah kemiskinan, konflik dan ancaman kegiatan pengganasan dari cabang Al-Qaeda.Sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh sejak pemerintah Yaman menjalankan tindakan keras ke atas para pembantah, termasuk serangan penembak hendap. -- Agensi.cyberita

No comments:

Post a Comment