Pages

Tuesday, May 3, 2011

Kedutaan negara Barat, markas PBB diserang







SUARAKAN BANTAHAN: Para penyokong Encik Gaddafi dengan memegang bendera Amerika yang telah dibakar melaungkan slogan di kawasan kediaman keluarga Encik Gaddafi di Ghergour, Tripoli, kelmarin. -- Foto REUTERS


TRIPOLI: Kedutaan negara-negara Barat dan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Tripoli diserang perusuh menyusuli serangan udara Nato ke atas kediaman keluarga Presiden Libya Muammar Gaddafi yang menyebabkan kematian seorang anak dan tiga cucu pemimpn tersebut.
Berita itu mencetuskan serangan ke atas kedutaan Britain, Italy, sebuah jabatan konsular Amerika Syarikat dan sebuah pejabat PBB kata Timbalan Menteri Luar Libya, Encik Khalied Kaim.Encik Kaim berkata serangan tersebut amat disesali namun pihak polis tidak berupaya menangani jumlah perusuh yang ramai.Kedutaan-kedutaan yang diserang telah dikosongkan sebelum ini dan tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut.Serangan ke atas kedutaan itu meningkatkan ketegangan antara Libya dengan kuasa-kuasa Barat dan mendorong PBB mengeluarkan kakitangan antarabangsanya dari ibu negara Libya.Dalam kejadian semalam, sekumpulan perusuh membakar bangunan Kedutaan Britain termasuk kediaman duta negara itu menurut Pejabat Luar Britain.Hanya rangka bangunan yang terbakar yang tinggal, menurut seorang jurcakap Pejabat Luar Britain.Britain memainkan peranan utama dalam memberi sokongan kepada pemberontak dalam konflik di Libya itu.Menyusuli serangan ke atas bangunan kedutaannya, Britain mengarahkan Duta Libya untuk meninggalkan negara tersebut.Kementerian Luar Italy pula menyelar rejim Gaddafi kerana gagal mengawal kedutaan-kedutaan tersebut.Italy mengeluarkan para diplomatnya beberapa minggu lalu.Ia berikrar serangan ke atas kedutaannya tidak akan melemahkan kesungguhannya untuk meneruskan misi bersama rakan-rakannya.Sementara itu, seorang aktivis anti-Gaddafi yang berada di Tripoli melaporkan bangunan pejabat Konsular Amerika mempunyai kesan terbakar dan bendera Libya berkibar di atas bumbung bangunan tersebutDi Washington, Jabatan Negara Amerika berkata ia sedar akan serangan ke atas bangunan konsularnya.'Jika ia benar kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut,' menurut kenyataan jabatan tersebut,Ia menambah, kegagalan rejim Gaddafi mempertahankan bangunan kedutaan menunjukkan rejim itu sekali lagi telah melanggar kewajipan dan tanggungjawab antarabangsanya.Perusuh juga memasuki pejabat PBB yang telah dikosongkan di Tripoli dan melarikan beberapa kenderaan, menurut jurucakap Pejabat PBB bagi Ehwal Kemanusiaan, Cik Stephanie Bunker.Cik Bunker memberitahu AP bahawa menteri luar Libya telah memohon maaf kepada PBB dan berjanji akan membayar kos kerosakan yang berlaku. -- AP, cyberita

No comments:

Post a Comment