Pages

Thursday, May 5, 2011

Palestin berdamai



KAHERAH 4 Mei - Semua puak Palestin menandatangani perjanjian damai di sini, semalam bagi menamatkan perbalahan antara mereka di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Mereka juga bersetuju mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun, dalam perjanjian yang didakwa oleh Israel sebagai tamparan kepada keamanan.
Wakil daripada 13 kumpulan, termasuk Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta pergerakan Hamas, di samping tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan para pegawai Mesir.
"Kesemua puak Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai perisikan Mesir," kata anggota politburo Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Bilal Qassem.
Katanya, semua puak diberi peluang untuk membincangkan dokumen tersebut dan menyuarakan sebarang kesangsian.
Perjanjian itu mendapat reaksi segera daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecamnya sebagai 'tamparan hebat kepada proses damai'.
Namun, ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmed berkata, gesaan Netanyahu kepada Abbas supaya membatalkan perjanjian itu adalah campur tangan yang tidak wajar.
Kata Ahmed, puak-puak terlibat akan berunding mengenai pembentukan sebuah kerajaan baru berikutan majlis rasmi di sini hari ini yang akan dihadiri oleh Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi dan ketua Liga Arab, Amr Mussa.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Israel tidak mahu melihat rakyat Palestin bersatu kerana rejim Zionis itu mendapat faedah daripada perpecahan mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment