Pages

Thursday, May 5, 2011

Letupan dekat ibu pejabat pemberontak



BENGHAZI 4 Mei - Sebuah bom kereta meletup berdekatan ibu pejabat kubu kuat pemberontak Libya di selatan bandar pelabuhan Benghazi malam tadi, mencederakan dua orang awam serta meningkatkan kebimbangan di bandar ini.
Bom kereta itu meletup kira-kira 200 meter dari ibu pejabat pemberontak yang menentang rejim Muammar Gaddafi dan kejadian itu berlaku sebelum Asar, kata jurucakap pemberontak kepada AFP.
Letupan itu mencetuskan keadaan huru-hara apabila beratus-ratus lelaki bersenjatakan pistol dan senapang AK47 mengerumuni tempat kejadian sambil melaungkan slogan anti-Gaddafi.
Kejadian letupan bom kereta merupakan kali pertama berlaku di bandar ini sejak pemberontakan menentang Gaddafi tercetus pada pertengahan Februari lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment