Pages

Thursday, May 26, 2011

Misi kemanusiaan PBB dilarang masuk Syria

NEW YORK: Rombongan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Syria bagi menilai keadaan kemanusiaan di Daraa tidak dibenarkan masuk ke negara itu, kata pegawai kanannya, semalam.
Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Valarie Amos, berkata delegasi itu gagal mendapat kebenaran Damsyik untuk melaksanakan misi berkenaan.

“Kami akan terus mendesak kerana amat penting bagi kami menilai sendiri keadaan di Daraa,” katanya.
Daraa adalah bandar paling teruk terjejas dalam kempen kebangkitan rakyat Syria yang cuba menggulingkan kerajaan sejak dua bulan lalu. Laporan mendakwa, beratus-ratus orang dibunuh pasukan keselamatan Syria di situ. Awal bulan ini, PBB berkata, Damsyik bersetuju membenarkan satu pasukan penilai melawat Daraa selepas Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, membuat rayuan secara langsung kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Sementara itu, seorang pegawai Syria berkata, apa yang berlaku di negara itu adalah hal-ehwal domestik.

“Syria berpendapat kemelut itu mampu diatasi sendiri,” katanya. - AFP
myMetro | Misi kemanusiaan PBB dilarang masuk Syria

No comments:

Post a Comment