Pages

Thursday, May 26, 2011

Gaddafi makin lemah

TRIPOLI: Rejim Muammar Gaddafi dilaporkan bakal runtuh pada bila-bila masa, kata pegawai Nato semalam, ketika jet pertubuhan itu terus mengebom ibu negara Libya.
Pegawai kanan tentera Nato itu berkata, mereka meningkatkan serangan ke atas Libya dalam usaha mereka melumpuhkan sepenuhnya kerajaan Gaddafi dengan melakukan pengeboman terbesar setakat ini.

Enam letupan kuat menggegarkan kawasan berhampiran kediaman Gaddafi semalam selepas lokasi sama menjadi sasaran kelmarin.
Saksi berkata, jet Nato menggugurkan tiga bom ke atas kawasan kediaman Bab al-Aziziya kira-kira jam 11 malam (5 pagi waktu Malaysia), diikuti tiga lagi kira-kira dua minit kemudian.

Jurucakap kerajaan Libya mendakwa kawasan sama menjadi sasaran serangan bom selama lebih tiga setengah jam kelmarin, menyebabkan tiga maut dan 150 cedera.

“Walaupun Nato mendakwa serangan itu disasarkan ke atas berek tentera, sebaliknya bom berkenaan terkena orang awam yang tinggal berhampiran,” katanya.
Seorang pegawai Nato di Brussels, Belgium, berkata mereka berharap rejim Gaddafi akan tumbang menjelang akhir Jun atau Julai ini.

“Regim Libya kehilangan inisiatif ketenteraan dan kelihatan bersikap defensif sejak 15 hari lalu, membuktikan Nato mengambil langkah yang tepat,” katanya. - AFP
myMetro | Gaddafi makin lemah

No comments:

Post a Comment