Pages

Sunday, May 29, 2011

Banduan dibebas supaya boleh jaga anak


GEMBIRA...Bishop bersama kelima-lima anaknya.
GEMBIRA...Bishop bersama kelima-lima anaknya.


LONDON: Seorang perompak dibebaskan semalam selepas mahkamah mendapati hukuman penjara terhadapnya melanggar hak asasi keluarganya.
Dalam keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Rayuan semalam memutuskan hak lima anak Wayne Bishop adalah lebih penting daripada mangsanya atau kepentingan undang-undang.

Beberapa anggota Parlimen Britain, ketika mengulas hukuman itu berkata, keputusan itu akan mendorong lebih ramai pesalah menuntut pembebasan menerusi Akta Hak Asasi yang kontroversi itu.

Artikel 8 mengenai hak terhadap kehidupan berkeluarga berulang kali digunakan oleh penjenayah asing untuk mengelak daripada diusir dari Britain.

Bagaimanapun, ini kali pertama ia digunakan untuk membebaskan seorang banduan dari penjara. Bishop, 33, dari Clifton, Nottingham dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku merompak dan memandu secara berbahaya.


Dia kini bebas selepas hanya sebulan dalam penjara.

“Saya begitu bernasib baik dan saya amat gembira,” kata Bishop kepada akhbar Daily Mail.

Hakim Mahkamah Rayuan bersetuju memenjarakan Bishop akan menjejaskan kehidupan anaknya dan mengarahkan hukuman penjara itu digantung.

Mahkamah diberitahu lelaki itu menjaga anaknya yang berusia antara enam dan 13 tahun selama lima hari seminggu. - AgensimyMetroBanduan dibebas supaya boleh jaga anak

No comments:

Post a Comment