Pages

Sunday, May 29, 2011

10 tahun sorok mayat isteri

HILLSBOROUGH: Seorang pesara menyembunyikan mayat isterinya dalam peti sejuk selama 10 tahun, merahsiakan kematian wanita itu supaya dia boleh terus menuntut bayaran perlindungan sosialnya.
Hal itu terbongkar selepas Allan Dunn, 86, mati kerana membunuh diri dan mahkamah membenarkan seorang rakan memasuki apartmennya untuk menguruskan hal ehwal peninggalannya.

Carol Kingsbury yang mula berkenalan dengan lelaki tua itu beberapa tahun sebelum kematiannya, menemui mayat Margaret Dunn dalam peti sejuk dalam apartmen di Pusat Sun City, kawasan komuniti di Hillsborough County, Florida.

Mayat itu sudah reput kerana bekalan alektrik diputuskan sejak sembilan bulan lalu selepas Dunn mati setelah menembak dirinya pada Ogos 2010.

“Dia tidak pernah memberi gambaran mengenai kewujudan mayat isterinya. Saya tidak menyangka dia akan berbuat demikian,” kata Carol.


Penyiasat percaya Margaret yang membeli apartmen itu pada 1994 mati akibat sakit biasa pada 2000.

Menurut jiran yang mengenali pasangan itu, Dunn memberitahu mereka bahawa Margaret berpindah ke sebuah pusat jagaan orang tua di timur laut Amerika Syarikat.

Tetapi, penyiasat percaya, dia menyembunyikan mayat Margaret dan berterusan mengambil bayaran keselamatan sosial isterinya daripada pihak berkuasa.

Pemeriksa perubatan Hillsborough County masih belum membuat pengecaman secara rasmi terhadap mayat berkenaan.

Bagaimanapun, bedah siasat awal yang dilakukan menunjukkan kematian wanita itu bukan berpunca daripada perbuatan jahat.


Dengan Dunn yang tidak mempunyai keluarga yang boleh dijejaki, apartmennya kekal kosong sehingga minggu lalu apabila Carol, dan adiknya, Ellen Miller, yang menjaga Dunn sejak dua tahun lalu diberikan kebenaran untuk memasuki rumah itu. - Agensi
myMetro10 tahun sorok mayat isteri

No comments:

Post a Comment