Pages

Thursday, April 21, 2011

Tuduhan digugur ke atas pegawai polis dalam kes pencetus revolusi Arab

TUNIS: Sebuah mahkamah di Tunisia menggugurkan kelmarin tuduhan ke atas seorang pegawai polis wanita yang pertengkarannya dengan seorang penjual buah mencetus pergolakan yang kini mencengkam Dunia Arab.

Pegawai polis wanita itu, Cik Fedia Hamdi, didakwa menampar muka Encik Mohamed Bouazizi, 26 tahun, di bandar Sidi Bouzid, Disember lalu.Buah-buahan Encik Bouazizi dirampas kerana beliau dikatakan tidak mempunyai permit untuk berjualan.Ekoran rasa terhina, beliau membakar dirinya dan meninggal dunia 5 Januari lalu. Kematian Encik Bouazizi mencetus bantahan besar-besaran ke atas pemerintahan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang akhirnya melarikan diri meninggalkan negara itu 14 Januari lalu.Bantahan prodemokrasi kemudian merebak ke beberapa negara Arab. Kurang sebulan kemudian, Presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, meletak jawatan selepas rakyatnya mengadakan bantahan serupa.Agensi berita TAP melaporkan kes terhadap pegawai polis wanita itu ditutup selepas keluarga Encik Bouazizi menggugurkan aduan.Mereka berkata tindakan itu diambil sebagai usaha menghentikan penderitaan yang dirasai rakyat Tunisia ekoran krisis itu.'Semua wang yang ada dalam dunia tidak akan dapat menggantikan kehilangan Mohamed (Bouazizi), yang telah mengorbankan dirinya untuk kebebasan dan maruah diri.'Kami sangat bangga akan beliau,' kata saudaranya, Encik Salem Bouazizi.Sementara itu, abang Cik Hamdi, Encik Faouzi Hamdi, berkata adiknya tidak menampar muka Encik Bouazizi. Langkah mahkamah menggugurkan kes itu menunjukkan sistem kehakiman baru Tunisia 'kini bebas', katanya.Tunisia sedang berusaha membentuk sistem demokrasi baru. Sejak penggulingan Encik Ben Ali, beribu-ribu rakyat meninggalkan negara itu dan berhijrah ke negara jiran.Pemerintah sementara Tunisia telah merayu rakyatnya agar bersabar kerana ia memerlukan masa untuk melakar program pembangunan ekonomi. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment