Pages

Thursday, April 21, 2011

Dua wartawan foto barat terbunuh di Libya

MISRATA: Dua wartawan foto barat termasuk seorang pernah dicalonkan bagi anugerah Oscar bagi kategori pengarah filem terbunuh dalam bandar ini ketika pertempuran di antara pemberontak dengan angkatan tentera kerajaan.
Dua lagi yang bekerja bersama mereka mengalami kecederaan.
Seorang pegawai seranta Amerika Syarikat, Johanna Ramos Boyer, berkata Tim Hetherington, warga Britain adalah pengarah bersama produksi dokumentari "Restrepo" mengenai tentera Amerika Syarikat yang bertugas di Afghanistan, terbunuh di bahagian barat bandar Libya itu.
Chris Hondros, seorang jurugambar dari New York bekerja untuk Getty Images, turut terbunuh.


Hasil karya Hondros muncul dalam majalah utama dan akhbar di seluruh dunia dan pernah meraih anugerah termasuk Pingat Emas Robert Capa, salah satu anugerah berprestij yang menawarkan wang tunai dalam kategori fotografi perang. - AP


Punca kematian sebenar masih belum jelas. Kenyataan keluarga Hetherington berkata, mendiang terbunuh akibat bom roket. - AP Berita Harian Online | Dua wartawan foto barat terbunuh di Libya

No comments:

Post a Comment