Pages

Thursday, April 21, 2011

Polis guna kekerasan melampau

KAHERAH 20 April - Sebuah jawatankuasa yang dilantik kerajaan semalam mendapati polis Mesir telah menggunakan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi semasa pergolakan politik yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak.
Kesimpulan itu dibuat dalam satu laporan rasmi pertama berhubung protes besar-besaran yang bermula 25 Januari lalu yang berakhir dengan keruntuhan pemerintahan autokratik 30 tahun bekas Presiden itu pada 11 Februari lalu.
Laporan itu menyatakan, seramai 846 penunjuk perasaan termasuk 26 anggota polis maut sepanjang protes berlangsung, sementara lebih 6,000 yang lain cedera.
Kebanyakan daripada insiden yang dinyatakan Misi Penemuan Fakta yang mengambil masa lebih dua bulan untuk dikumpulkan itu, didedahkan secara langsung di televisyen dan penemuan itu juga tidak mengejutkan rakyat Mesir yang menyaksikan situasi sebenar pemberontakan.
Aktivis hak kemanusiaan berkata, laporan itu juga merupakan satu langkah penting untuk meletakkan tanggungjawab kekerasan tersebut di atas bahu pentadbiran sebelum ini, yang juga satu daripada tuntutan utama penunjuk perasaan.
"Hak untuk berhimpun secara aman diakui ia adalah kebebasan asas manusia.
"Tidak perlu dinyatakan bahawa insiden-insiden tembakan yang menyebabkan kematian sepanjang protes berlangsung adalah melanggar peraturan mandat yang diberi," menurut laporan jawatankuasa itu yang akan digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan serta siasatan oleh Pendakwa Raya Awam.
Menurut laporan itu, selain peluru getah polis turut menggunakan peluru hidup dan meriam air terhadap penunjuk perasaan serta memandu kereta kebal di khalayak ramai sekali gus mengakibatkan banyak kematian.
Laporan itu turut memetik kenyataan seorang pegawai yang mendakwa diarahkan untuk melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan. - ReutersUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment