Pages

Friday, April 1, 2011

Kapal angkasa Messenger rakam gambar planet Utarid



Imej planet Utarid atau Mercury yang dirakam pertama kali oleh kapal angkasa Messenger yang sedang mengorbit planet tersebut. – AP


WASHINGTON 31 Mac - Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam meneliti beratus-ratus gambar planet Utarid yang dirakam oleh kapal angkasa Messenger ketika ia memulakan misi setahun ke orbit dan pemetaan sistem solar planet misteri itu.
Selepas mengharungi perjalanan sejauh 7.9 bilion kilometer selama enam tahun setengah, kapal angkasa itu akhirnya memasuki orbit planet berkenaan pada 17 Mac lalu.
Kelmarin, Messenger mula mendedahkan rahsia Utarid yang mempunyai suhu mencecah 427 darjah Celcius pada waktu siang dan jatuh mendadak ke 100 darjah Celcius di bawah paras beku pada waktu malam.
“Awal pagi ini kira-kira pukul 5.20 pagi waktu tempatan, Messenger berjaya merakam gambar bersejarah pertama planet Utarid.
“Imej ini merupakan yang pertama dirakam oleh sebuah kapal angkasa di orbit planet sistem solar yang paling jauh,” lapor NASA.
Imej awal yang dirakam menunjukkan permukaan kawah luar biasa berwarna gelap digelar Debussy, sementara beberapa imej lain memaparkan bahagian lain Utarid berhampiran kutub selatannya yang sebelum ini tidak pernah disaksikan oleh pesawat angkasa lepas, menurut NASA.
Kapal angkasa itu merakam 363 keping imej dalam tempoh enam jam dan mendedahkannya semalam semasa satu persidangan pakar untuk membincangkan penemuan tersebut.
“Imej pertama dari orbit yang dirakam Messenger ini merupakan maklumat awal sebelum lebih banyak maklumat dikumpul selepas ini. Penjelajahan orbit di planet yang paling jauh dalam sistem solar, baru bermula,” kata NASA. - AFP
-utusan

No comments:

Post a Comment