Pages
▼
Sunday, October 31, 2010
KISAH SANG SEMUT
by Ummi Ainul Mardiah Ismail
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!
BAGAIMANA DGN KITA PADA HARI INI????ADAKAH KITA BERGANTUNG DGN GAJI SUAMI KITA..ATAU PEKERJAAN KITA???REZEKI ALLAH YG BERI....BETULKAN YAKIN KITA:-)
INSYALLAH........
Dua beradik ditekap seterika
PASIR MAS: Dua beradik melecur pada anggota badan mereka selepas dipercayai ditekap menggunakan seterika oleh seorang warden asrama di sebuah sekolah, di sini, pada 12 Oktober lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa terbabit, Muhammad Al Hakim, 16, dan Muhammmad Fairuz Mat Nawi, 14, melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri sebelum dirujuk ke Hospital Lati, di sini, untuk rawatan.
Kejadian itu dikatakan berlaku apabila warden berkenaan ke asrama menempatkan mangsa bersama pelajar lain untuk mengejutkan mereka bangun daripada tidur.
Sebaik tiba di asrama itu, warden terbabit didakwa berada di sebelah katil mangsa sambil memegang seterika sebelum menekap pada anggota badan mereka.
Menurut ibu mangsa, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, dia dikejutkan dengan kejadian itu kira-kira jam 7 malam apabila rakan anaknya membawa pulang Muhammad Fairuz ke rumah mereka di Kampung Anak Keranji, di sini.
Katanya, walaupun sebelum itu Muhammad Al Hakim pulang ke rumah terlebih dulu, dia tidak dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“Saya terkejut mendapati keadaan anak saya yang melecur. Muhammad Fairuz melecur teruk pada lengan kiri manakala abangnya di tapak kaki.
“Saya tidak faham mengapa warden terbabit perlu berbuat demikian. Setahu saya seramai 11 pelajar, termasuk anak saya di asrama berkenaan turut ditekap dengan seterika,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Siti Fatimah berkata, berdasarkan apa diceritakan anaknya, warden terbabit tidak mengejutkan pelajar dengan cara sepatutnya, sebaliknya terus menekap seterika pada anggota badan mereka.
Katanya, sebelum ini juga dia mendapat tahu mengenai sikap buruk warden berkenaan yang turut menggunakan alatan lain seperti penyapu dan air sabun untuk mengejutkan pelajar daripada tidur.
“Sebelum ini memang saya tahu ada berlaku tetapi tiada laporan dibuat. Kali ini dianggap melampau kerana sanggup menyebabkan cedera parah kepada pelajar.
“Saya turut mempersoalkan mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak memaklumkan kejadian ini,” katanya.
Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Siti Fatimah berkata, dia pernah berbincang dengan pihak sekolah tetapi diarah menarik balik laporan yang dibuat mengenai kes berkenaan.
Katanya, dia kini bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi pihak anaknya yang kini mengalami trauma.
“Anak saya tidak mahu bercakap kerana trauma. Saya tidak puas hati dengan perkara ini dan bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya.http://www.hmetro.com.my

Universiti Oxford malu dek kes buli
OXFORD - Pihak pengurusan Universiti Oxford di Britain dimalukan insiden sekumpulan pelajar senior memaksa beberapa belas pelajar baru berpakaian seperti bayi pada majlis suai kenal pasukan bola lakros wanita universiti berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Mahasiswi tahun pertama yang diterima menyertai pasukan itu dipaksa memakai lampin bayi dan menghisap botol susu berisi arak pada majlis suai kenal yang ganjil tersebut di sini pada Rabu lepas.
Sementara itu, pelajar-pelajar senior melakonkan watak ibu dengan memakai pakaian sukan dan menghisap rokok sambil menengking 'anak-anak' mereka.
Gambar-gambar kes buli pada majlis itu yang menampilkan temaBayi dan Ibu Remaja, disiarkan di laman jaringan sosial, Facebook.
Ketika ditanya berhubung kejadian memalukan tersebut, seorang jurucakap universiti berkenaan enggan memberikan sebarang komen. - Agensi
Terserempak bunian mandi
http://www.kosmo.com.my
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my
KEGILAAN kaki pancing terhadap hobi itu sudah lama diketahui. Mereka sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli peralatan memancing sahaja.
Ada pula yang mengambil cuti selama berminggu-minggu semata-mata untuk mencari lubuk ikan.
Namun, di sebalik semua itu, cerita-cerita misteri sering melingkari kaki-kaki pancing tegar ini.
Jurnal minggu ini berkesempatan berbual-bual dengan beberapa kaki pancing mengenai kisah pelik yang pernah mereka alami.
Salah seorang daripada mereka ialah kartunis terkenal Ibrahim Anon, atau Ujang, 45.
Penggemar ikan kelah dan sebarau ini berkata dia pernah terserempak dengan harimau, gajah dan hampir dipatuk ular semasa memancing di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
“Saya akan memancing di sana setiap tahun. Ngauman harimau sudah biasa didengar.
“Jadi untuk mengelakkan daripada bertembung dengan haiwan pemakan daging itu, kami kumpulan pemancing bergerak perlahan-lahan ke tempat lain.
Harimau
“Pantang harimau ialah jangan diganggu,” kata Ujang yang kini mengusahakan perniagaan berbentuk penganjuran aktiviti memancing.
Ceritanya lagi, tindakan yang sama juga dilakukan jika ternampak kelibat gajah.
Menyentuh mengenai kejadian aneh, Ujang memberitahu dia tidak pernah mendengar suara misteri apatah lagi terserempak dengan bunian.
“Mungkin itu perasaan kita sahaja. Paling penting niat kita adalah untuk memancing, bukan ada tujuan lain,” tegasnya yang hampir lemas dalam satu kejadian bot terbalik di Sungai Tembeling, Pahang tetapi mujurlah dia pandai berenang.
Seorang lagi kaki pancing, Ku Ahmad Adzam Ku Saud, 33, yang berasal dari Alor Setar, Kedah, pernah berasa seperti ada orang menepuk bahu kanannya semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang.
“Namun, apabila menoleh, tiada siapa di belakang saya.
“Pada mulanya saya fikir itu hanyalah khayalan tetapi perkara itu berlaku berulang kali menyebabkan saya percaya ia perbuatan makhluk halus,” kata penggemar ikan sebarau dan toman ini.
Bicaranya lagi, kejadian itu menyebabkan dia ketakutan dan kembali ke khemah semula.
Ku Ahmad demam selama beberapa hari selepas peristiwa itu.
“Saya juga pernah melihat gadis bunian sedang mandi. Dia kelihatan seperti wanita biasa tetapi kulitnya lebih putih dan berwajah cantik.
“Saya cuma nampak muka dan tapak tangannya. Tetapi itu sudah cukup untuk membuatkan saya terpikat,” katanya tersenyum.
Bagi Mohd. Suhaimi Abdul Karim, 29, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, dia hampir lemas selepas bot yang dinaiki bersama rakan karam semasa memancing di Pulau Sembilan, Perak.
Kejadian itu berlaku lima tahun lepas.
“Bayangkan pada masa itu saya dan tujuh orang rakan lain tidak memakai jaket keselamatan.
“Kami hanya berpaut pada badan bot tersebut dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi sebelum diselamatkan.
“Selepas peristiwa itu, saya tidak lagi pergi memancing di laut,” katanya yang memberitahu bot tersebut bocor sebelum tenggelam.
Langsuir
Suhaimi juga mendakwa ternampak hantu langsuir semasa memancing di Taman Negara, Kuala Tahan.
“Ketika itu saya dan rakan-rakan berkhemah di hutan. Kami tidak nyenyak tidur kerana mendengar bunyi bising yang berulang kali.
“Namun, akhirnya mereka tertidur juga kerana terlalu penat kecuali saya.
“Saya sebaliknya keluar dari khemah untuk mencari arah bunyi tersebut.
“Sebaik sahaja dijumpai, saya terkejut kerana rupa-rupanya ada hantu langsuir sedang mengilai di atas sebatang pokok,” ceritanya.
Katanya lagi, hantu itu memakai pakaian putih, berambut panjang, matanya merah manakala giginya tajam.
“Akibat kejadian itu, saya demam panas selama beberapa hari,” ujarnya.
Mohd. Hanipah Wahi, 47, dari Sepang, Selangor pula menceritakan pengalamannya memancing di sebuah jeti lama di Bagan Datoh, Perak pada awal tahun 1990-an.
“Saya ke sana kerana rakan mengatakan kawasan itu terdapat banyak ikan. Jadi saya pergi seorang diri dengan menyewa sebuah bot.
“Hasil tangkapan cukup banyak tetapi apabila bercakap dengan orang kampung, mereka kata mereka tidak berani memancing atau menangkap ikan di situ kerana sering terserempak dengan hantu sungai,” katanya.
Yogyakarta dilanda hujan abu
HARGOBINANGUN, Yogyakarta - Orang ramai bertempiaran melarikan diri ke tempat lebih selamat apabila Gunung Merapi di Indonesia mengeluarkan letusan dahsyat awal semalam.
Gunung setinggi 2,968 meter itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Yogyakarta, Jawa Tengah, meletus selama 21 minit.
Abu dari gunung berkenaan melitupi kawasan lebih 10 kilometer di sekitarnya.
Anggota tentera dan polis yang berkawal di sekitar Merapi bergegas menyelamatkan diri bersama ratusan penduduk apabila mendengar bunyi gegak gempita sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) semalam.
Tidak sampai beberapa minit, jalan-jalan di sekitar Merapi dipenuhi trak, kereta dan motosikal ketika orang ramai segera meninggalkan lokasi bencana.
Jurucakap Hospital Sardjito di Yogyakarta, Arif Novianto berkata, setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terbunuh dalam bencana semalam. Namun, dua orang maut semasa orang ramai berasak-asak melarikan diri.
"Dua lagi, seorang wanita dewasa dan seorang budak lelaki dua tahun, maut dalam kemalangan semasa bencana semalam," katanya.
Letusan semalam adalah yang kedua selepas Merapi meletus pada Isnin lalu yang meragut nyawa 36 orang.
Sebelum meletus, Merapi mengeluarkan asap dan memuntahkan lahar sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun pada pagi semalam.
Sementara itu, di zon tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, pasukan petugas bantuan swasta bergelut dengan ombak besar dan hujan lebat untuk menghantar makanan dan bekalan lain kepada mangsa-mangsa tsunami.
Lokasi tersebut terjejas teruk akibat tsunami yang dicetuskan oleh satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 pada skala Richter pada Isnin lalu.
Cuaca buruk di kepulauan Mentawai memaksa pihak tentera menggugurkan bekalan dari beberapa pesawat dan menghentikan penggunaan bot dan helikopter bagi penghantaran bantuan.
Setakat ini, lebih 413 orang terkorban manakala lebih 23,000 lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, doktor-doktor di Hospital Sikakap, pulau Pagai Utara yang paling teruk terjejas akibat tsunami kecewa kerana tidak dapat membantu sekitar 150 mangsa yang cedera ekoran kekurangan bekalan ubat-ubatan.
"Kami amat memerlukan morfin," kata seorang sukarelawan, Dr. Alyssa Scurrah, dari Sydney, Australia.
Katanya, hospital berkenaan amat memerlukan sebuah generator dan ubat antibiotik dan lain-lain peralatan perubatan.
Di sisinya, seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang terbaring nazak akibat kecederaan di dada.
Scurrah bimbang kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan kerana kekurangan peralatan perubatan manakala usaha memindahkannya ke hospital utama di Sumatera tergendala akibat ombak besar dan hujan lebat. - Agensi
Cerita makhluk halus tidak akan berakhir
http://www.sinarharian.com.my- ROHMAN SHAARY
Saya sebenarnya tidak bertujuan membicarakan makhluk halus secara rinci. Telah saya tulis sebuah buku (pada akhir dekad lalu), judulnya Suluh Peraba, dan pemikir-pemikir seperti Jaafar Rahim, Ainon Mohd, Othman Puteh, A F Yassin dan Muhammad Haji Salleh telah menyebut makna kandungan buku tersebut. Ketika itu saya bermaksud mahu mengatakan bahawa zaman orang bunian atau yang sejenis dengannya telah berakhir.
Masih saya ingat, Jaafar Rahim mengatakan, tahyul sedia ada ketika itu akan berganti dengan tahyul baru. Jadi, beliau tidak bersetuju pandangan atau agakan saya bahawa tahyul akan berakhir.
Saya berkerut-kerut dahi mencari makna atau maksud kata-kata Jaafar Rahim. Lama kelamaan saya faham. Perkembangan terbaru kini kian menyebabkan saya lebih faham.
Baru-baru ini, Malaysia dihebohkan berita Siti Balqis Mohd Noor yang berulang kali hilang. Saya mengikuti berita kehilangannya disertai atau diselit kisah misteri, antaranya ialah jatuhnya batu yang berharga (Berita Harian, 26 Oktober menyebutkan ‘bola batu hijau’) di dalam rumah keluarga Balqis. Ibu Balqis, Norizan Said berpendapat ‘bola batu hijau’ itu mungkin umpan oleh jin untuk melalaikan sesiapa saja.
Puncak bagi kisah Balqis (jika hendak dipindah ke bentuk karya kreatif) bukanlah benar-benar puncak, tetapi anti-klimaks. Siti Balqis yang dikatakan berada di puncak gunung di Kedah, sebenarnya berada di rumah kawannya (yang bernama Norwaniza Ramli) di Ulu Kelawang, Jelebu. Polis berjaya menemuinya.
Pencarian Balqis dengan bantuan polis adalah tepat, sesuai dengan abad ini. Inilah yang mahu saya tegaskan apabila (lebih 10 tahun dulu) saya menghasilkan buku Suluh Peraba. Sekali lagi saya sebutkan, bahawa Jaafar Rahim benar-benar memahami buku itu. Beliau yakin tahyul abad baru akan terus ada, namun berubah wajah. Perhatikan perubahan pada tahyul dalam kisah Balqis ini.
Pertama, jika pada abad lepas, seseorang yang dipercayai hilang secara betul-betul ghaib, baru dianggap kerja makhluk asing. Jiran memberitahu Balqis dilarikan dengan kereta, dan itu pun masih dianggap kerja makhluk halus.
Apa yang lebih menarik, dia masih melakukan kerja moden, iaitu menghantar SMS. Ibunya ada mengatakan, Balqis tetap menghantar SMS ketika dighaibkan jin (Berita Harian, 26 Oktober 2010). Sekarang sudah jelas makna 'tahyul bentuk baru' yang dikatakan Jaafar Rahim.
Berita Harian, 29 Oktober melaporkan penemuan Balqis, antara lain menyatakan bahawa di dalam beg pakaian gadis itu, ada 10 ketul batu delima. Penemuan batu-batu itu secara tidak langsung sudah menjawab dari manakah datangnya batu yang dikatakan jatuh dari bumbung rumahnya. Balqis mempunyai idea yang bernas dalam melaksanakan misinya.
Apabila tiba pada tahap ini, barulah kita sedar perlunya berfikir sebagai novelis, atau sebagai penulis skrip drama, bukan seperti ahli masyarakat biasa. Balqis berfikir secara dramatis.
Buku Suluh Peraba telah dijadikan skrip drama oleh Zakaria Ariffin. Saya fikir, jika Zakaria masih berminat, kisah Balqis pasti mengilhamkan.
Karangan tentang pengalaman seumpama Balqis memerlukan persediaan berbeza. Semoga akan tertulis karya sedemikian, yang akan memberikan sumbangan fikiran dan imaginasi bermakna dalam masyarakat kita yang dahagakan persembahan hebat.

Kapal pelayaran kedua terbesar
HELSINKI - Sebuah kapal pelayaran terbesar di dunia yang berkeluasan hampir empat padang bola sepak dan dilengkapi panggung wayang 3D, taman terbuka serta 8,300 bilik, mula berlayar ke Florida, kelmarin. Kapal Allure of the Seas yang mula berlayar dari Turku, di barat daya Finland, akan berhadapan dengan cabaran pertamanya, di mana ia perlu melepasi sebuah jambatan di Denmark yang hanya 30 sentimeter lebih tinggi daripada serombong kapal itu, semalam. Pengarah Urusan STX Findland, Juha Heikinheimo berkata, kapal gergasi itu dibina selepas Oasis of the Seas, kapal pelayaran terbesar pertama yang dijual kepada Royal Caribbean Cruise Lines dengan harga AS$1.5 bilion (RM4.6 bilion), tahun lalu. Seperti kembarnya, Allure of the Seas mempunyai panjang 360 meter dan tinggi 72 meter serta berat 600 tan, iaitu 12 kali ganda lebih berat daripada Menara Eiffel di Perancis. Menurut Heikinheimo, kapal tersebut mampu memuatkan 6,300 penumpang, 2,000 anak kapal, puluhan restoran, kafe dan bar di sepanjang pusat beli belah serta jalan-jalan di sekitarnya, termasuk sebuah taman terbuka dipenuhi dengn pelbagai pokok dan tumbuhan hidup. Allure of the Seas turut memiliki dewan menari dua tingkat, teater 1,380 kerusi, gelanggang geluncur ais, beberapa kolam renang, spa, pusat kecergasan dan dinding 'rock climbing'. |
135 hilang 'hidup semula'
JAKARTA 30 Okt. - Seramai 135 mangsa tsunami di kepulauan Mentawai yang disenaraikan hilang dan dikhuatiri maut sebelum ini, ditemui selamat di sebuah kawasan tanah tinggi.
"Petugas penyelamat menemui mereka di tanah tinggi di pulau Pagai Utara," kata pegawai pengurusan bencana, Agus Prayitno, sambil menambah bilangan mangsa yang hilang kini berjumlah 163 berbanding 298 orang sebelum ini.
Katanya lagi, jumlah korban bagaimanapun kekal pada 413 orang.
Pegawai pengurusan bencana di pulau Pagai Utara, Joskamatir berkata, semua mangsa yang ditemui terlalu takut untuk meninggalkan hutan di kawasan bukit itu kerana bimbang tsunami akan berlaku lagi.
"Kami mengambil masa berhari-hari untuk mengesan mereka kerana mereka tidak mahu pulang ke kampung dengan alasan bimbang tsunami akan melanda lagi," katanya lagi.
Pegawai bencana sebelum ini tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menemui lebih ramai mangsa yang hilang, berdasarkan satu tinjauan udara awal minggu ini yang mendapati banyak mayat bergelimpangan di sepanjang pantai serta tersangkut di bawah runtuhan dan pokok-pokok.
Sementara itu berkaitan dengan bencana letusan Gunung Merapi, penduduk Yogyakarta panik apabila bandar itu pula dihujani debu dan pasir dari gunung berapi itu atau dikenali sebagai 'Wedhus Gembel', yang meletus sejak 12.40 pagi tadi dan berterusan sehingga petang ini.
Ia menyebabkan orang ramai di ibu kota lama kira-kira 40 kilometer dari Merapi ini, sukar bernafas, pening serta menyebabkan mata pedih.
Ledakan selama kira-kira 20 minit itu dapat didengari sejauh 14 kilometer, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan anggota Komando Pasukan Khusus (Kopasus) bagi memaksa baki penduduk yang berdegil untuk kekal di sana agar berpindah.
Letusan terbaru turut meragut satu lagi nyawa, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada 36 orang dengan langit menjadi gelap gelita.
Lapangan Terbang Adi Sucipto di sini juga ditutup beberapa jam sebelum dibuka kembali.
Dalam pada itu pelajar Malaysia yang berada di sini dilaporkan selamat dan mereka tidak ke kelas kerana cuti dan dinasihatkan memakai topeng muka dan mengurangkan aktiviti luar.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, petugas dari Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia mengedarkan topeng muka dan ubat titisan mata kepada para pelajar terbabit.
"Setakat ini pihak berkuasa tempatan memaklumkan debu itu tidak merbahaya, tetapi jika wap panas dan lava sampai ke Yogyakarta, kita akan bawa pulang semua pelajar ke Malaysia.
"Pelajar juga dilarang menyertai pasukan sukarelawan sehingga diberitahu kelak," katanya. - AFP/Utusan
Jeneral pulau majlis Presiden kerana tudung
ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP
Brek tak makan...!
JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam. – MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR |
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.
Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.
“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.
“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.
“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.
Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.
“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.utusan
Patung lilin tidak mirip Taylor Swift
2010/10/31
SWIFT di sisi patung lilin ketika majlis pelancarannya di Madame Tussauds di New York, semalam.
Pereka cipta patung lilin itu mungkin menggunakan orang lain sebagai contoh Swift kerana hanya mata ada persamaan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
“Pakaian dan gitar patung itu juga tidak sama dengan apa digunakan Swift,” kata akhbar Britain itu.Tetapi, Swift yang terkenal dengan lagu You Belong With Me tetap positif dan menyiarkan gambarnya dengan patung itu dalam laman Twitter.
Apapun, Swift bakal mempromosi album baru nyata memerlukan banyak pakaian. Beliau muncul dengan empat persalinan berbeza dalam beberapa majlis mulai pagi hingga malam bagi membincangkan album baru bertajuk Speak Now.
Penyanyi itu mulanya memakai pakaian berkilauan perak pada majlis sebelah pagi apabila muncul dalam program televisyen, Today.
Beberapa jam kemudian, beliau memakai tiga pakaian berbeza untuk rancangan ‘Late Show with David Letterman.’
Beliau bergaya dengan memakai baju merah jambu, jeans dan kemeja-T sebelum berbaju kuning dan berkasut merah.
Letterman, 63, juga membuat ulasan pelik mengenai minyak wangi Swift mengatakan ia berbau seperti ‘kayu mahal’ tetapi ‘sedap.’
Pada mulanya, Swift seperti terkejut sebelum ketawa dan berkata: “Itu pujian paling unik pernah saya dengar.”
Album baru Swift mula dijual di Amerika pada Isnin lalu dan mengakui terbabit dalam promosi di banyak tempat termasuk Jepun.
Swift juga menunjukkan kemampuannya bercakap dalam bahasa Jepun kepada Letterman dengan menyatakan ungkapan yang bermaksud: “Adakah kamu sedang berseronok?’, ‘Saya cinta Jepun’ dan ‘Jepun hebat.’ – Agensi