HELSINKI - Sebuah kapal pelayaran terbesar di dunia yang berkeluasan hampir empat padang bola sepak dan dilengkapi panggung wayang 3D, taman terbuka serta 8,300 bilik, mula berlayar ke Florida, kelmarin. Kapal Allure of the Seas yang mula berlayar dari Turku, di barat daya Finland, akan berhadapan dengan cabaran pertamanya, di mana ia perlu melepasi sebuah jambatan di Denmark yang hanya 30 sentimeter lebih tinggi daripada serombong kapal itu, semalam. Pengarah Urusan STX Findland, Juha Heikinheimo berkata, kapal gergasi itu dibina selepas Oasis of the Seas, kapal pelayaran terbesar pertama yang dijual kepada Royal Caribbean Cruise Lines dengan harga AS$1.5 bilion (RM4.6 bilion), tahun lalu. Seperti kembarnya, Allure of the Seas mempunyai panjang 360 meter dan tinggi 72 meter serta berat 600 tan, iaitu 12 kali ganda lebih berat daripada Menara Eiffel di Perancis. Menurut Heikinheimo, kapal tersebut mampu memuatkan 6,300 penumpang, 2,000 anak kapal, puluhan restoran, kafe dan bar di sepanjang pusat beli belah serta jalan-jalan di sekitarnya, termasuk sebuah taman terbuka dipenuhi dengn pelbagai pokok dan tumbuhan hidup. Allure of the Seas turut memiliki dewan menari dua tingkat, teater 1,380 kerusi, gelanggang geluncur ais, beberapa kolam renang, spa, pusat kecergasan dan dinding 'rock climbing'. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment