Pages

Sunday, October 31, 2010

Patung lilin tidak mirip Taylor Swift





2010/10/31

SWIFT di sisi patung lilin ketika majlis pelancarannya di Madame Tussauds di New York, semalam.
SWIFT di sisi patung lilin ketika majlis pelancarannya di Madame Tussauds di New York, semalam.
NEW YORK: Penyanyi terkenal dengan lagu rentak 'Country', Taylor Swift merasmikan patung lilin dirinya di galeri Madame Tussauds dan tetap ceria meskipun ada yang menganggap patung itu tidak mirip dengan personaliti terkenal Amerika Syarikat itu yang berusia 20 tahun. 

Pereka cipta patung lilin itu mungkin menggunakan orang lain sebagai contoh Swift kerana hanya mata ada persamaan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
“Pakaian dan gitar patung itu juga tidak sama dengan apa digunakan Swift,” kata akhbar Britain itu.
Tetapi, Swift yang terkenal dengan lagu You Belong With Me tetap positif dan menyiarkan gambarnya dengan patung itu dalam laman Twitter. 

Apapun, Swift bakal mempromosi album baru nyata memerlukan banyak pakaian. Beliau muncul dengan empat persalinan berbeza dalam beberapa majlis mulai pagi hingga malam bagi membincangkan album baru bertajuk Speak Now. 

Penyanyi itu mulanya memakai pakaian berkilauan perak pada majlis sebelah pagi apabila muncul dalam program televisyen, Today. 

Beberapa jam kemudian, beliau memakai tiga pakaian berbeza untuk rancangan ‘Late Show with David Letterman.’ 
Beliau bergaya dengan memakai baju merah jambu, jeans dan kemeja-T sebelum berbaju kuning dan berkasut merah. 

Letterman, 63, juga membuat ulasan pelik mengenai minyak wangi Swift mengatakan ia berbau seperti ‘kayu mahal’ tetapi ‘sedap.’ 

Pada mulanya, Swift seperti terkejut sebelum ketawa dan berkata: “Itu pujian paling unik pernah saya dengar.” 

Album baru Swift mula dijual di Amerika pada Isnin lalu dan mengakui terbabit dalam promosi di banyak tempat termasuk Jepun. 

Swift juga menunjukkan kemampuannya bercakap dalam bahasa Jepun kepada Letterman dengan menyatakan ungkapan yang bermaksud: “Adakah kamu sedang berseronok?’, ‘Saya cinta Jepun’ dan ‘Jepun hebat.’ – Agensi

No comments:

Post a Comment