GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 45 orang disahkan terbunuh di Guatemala akibat lebih sepuluh kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat, sejak Sabtu lalu. Di Nahuala, bahagian barat Guatemala, sebuah bas dan beberapa kenderaan tertimbus akibat tanah runtuh di lebuh raya, Sabtu lalu. Tanah runtuh kedua berlaku di tempat sama semasa pasukan penyelamat dan orang ramai sedang melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat. Akibatnya, 25 orang disahkan terkorban manakala sekurang-kurangnya 15 dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan. Operasi mencari dihentikan pada Ahad kerana bimbang kemungkinan berlaku runtuhan susulan. Kerja-kerja itu diteruskan kelmarin menggunakan jentera berat dan unit penyelamat terlatih. Satu lagi kejadian tanah runtuh di lebuh raya di bahagian utara Guatemala pada Ahad meragut satu nyawa manakala 26 dilaporkan cedera. Santa Ana Mixtan pula ditenggelami air melepasi paras bahu. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment