TEL AVIV - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman mengugut akan menghalang sebarang percubaan untuk menyambung tempoh pembekuan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat, menyebabkan rundingan damai terbaru yang sedang berlangsung mungkin gagal. Lieberman mengeluarkan kenyataan itu hanya beberapa hari selepas pemimpin Israel dan Palestin bertemu di Washington untuk melancarkan pusingan terbaru rundingan damai Timur Tengah. Lieberman berjanji akan menggunakan kedudukan parti politiknya, Yisrael Beiteinu bagi memastikan pembinaan penempatan Yahudi akan disambung semula pada 26 September depan, walaupun langkah itu akan ditentang hebat oleh kerajaan Palestin. "Kami tidak akan bersetuju kepada sebarang tempoh lanjutan. Yisrael Beiteinu mempunyai kuasa mencukupi dalam kerajaan untuk memastikan tiada rancangan seperti itu diluluskan," katanya. :Presiden Palestin, Mahmoud Abbas beberapa kali memberi amaran akan menarik diri daripada rundingan damai dengan Israel jika pembinaan penempatan haram Yahudi diteruskan di atas tanah Palestin. :Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersetuju membekukan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat selama 10 bulan, tempoh yang akan berakhir 26 September depan. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment