STOCKHOLM - Tentera Israel sedang menjalankan persiapan bagi menghadapi apa yang dianggap 'konvoi terbesar', yang mungkin melibatkan sehingga 20 buah kapal menuju ke Genting Gaza dalam masa beberapa bulan akan datang. Konvoi terbesar itu dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Eropah dan Amerika Syarikat (AS), termasuk kumpulan Yahudi Eropah untuk Keamanan. Salah seorang penganjur, Dror Feiler berkata, konvoi terbaru itu diharap mendapat kerjasama daripada negara-negara Eropah dan AS. "Kami berharap untuk menambah jumlah kapal sehingga dua kali ganda berbanding konvoi lalu, dengan sekurang-kurangnya 12 kapal dan lebih 1,000 peserta," katanya. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilapor sedang mengikuti perkembangan konvoi terbaru itu secara dekat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,termasuk menghentikan konvoi itu jauh dari persisiran pantai Israel berikutan jumlah kapal yang banyak. NGO Turki, Yayasan Hak Asasi Manusia dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) dan Pergerakan Bebaskan Gaza adalah penganjur bersama konvoi terbaru itu dengan misi mendesak Israel menamatkan segara semua jenis sekatan ke atas Gaza. Konvoi kemanusiaan ke Gaza dihalang oleh tentera laut Israel, menyebabkan sembilan warga Turki yang berada di atas kapal induk, Mavi Marmara terbunuh, 31 Mei lalu. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment