TOKYO - Jepun melancarkan roket membawa satelit khas yang bertujuan membaiki kemampuan Sistem Kedudukan Global (GPS) dalam masa terdekat. Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (Jaxa) melancarkan roket :H-IIA: dari pusat angkasa lepas Tanegashima, bahagian selatan negara itu, malam tadi. Roket itu membawa satelit Michibiki di mana namanya membawa makna 'menunjukkan jalan'. Satelit Michibiki dijangka meningkatkan kemampuan GPS dari segi ketepatan dan kawasan liputan bagi pemandu di Jepun yang kini amat bergantung kepada sistem itu untuk mengetahui jalan bagi pergi ke sesuatu destinasi. Menurut kenyataan Jaxa, gelombang radio dari satelit sedia ada sering terganggu, khususnya di kawasan yang ada terlalu banyak bangunan pencakar langit atau kawasan bergunung. Jepun merancang melancarkan tiga satelit, di mana sebuah daripadanya akan sentiasa mengorbit di atas negara itu. Walau bagaimanapun, kekangan kewangan menye-babkan Jepun belum mampu memutuskan untuk melancarkan dua lagi satelit seperti yang diimpikan. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment