Pages
▼
Sunday, September 12, 2010
Planet asing sudah hancur
MARYLAND - Planet-planet asing yang masih dicari dan ingin diteroka saintis dan angkasawan mungkin sudah hancur dan pupus sejak lama dahulu.
Dua pengkaji dari Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard (GSFC) mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan kajian kedoktoran mereka berhubung topik berkenaan.
Brian Jackson dan John Debes percaya bahawa planet-planet lain di galaksi berhampiran sudah hancur jutaan tahun lalu dan itulah sebabnya usaha penerokaan ke galaksi luar tidak membuahkan sebarang hasil selama ini.
”Sepuluh tahun lalu, satu misi dibuat untuk mengesan sekitar sepuluh daripada 34,000 planet dan bintang dalam longgokan galaksi yang kita namakan :47 Tucanae:.
"Tetapi pengkaji tidak menemui apa-apa kerana kami percaya kesemuanya sudah pun hancur lama dahulu," kata Jackson.
GSFC tempat mereka berdua membuat kajian adalah makmal induk Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan ditubuhkan pada 1 Mei 1959 sebagai pusat penerbangan angkasa lepas yang pertama.
"Ada beberapa kemungkinan mengapa planet dan bintang di galaksi lain sudah hancur. Misalnya, ada terlalu banyak bintang dalam longgokan galaksi itu dan sebahagian besar planet terkeluar dari sistem solar akibat pelanggaran," Debes menghuraikan teori mereka berdua.
Pada pandangan mereka, mungkin ada planet-planet lebih kecil yang masih ada di galaksi lain dan sesuai diteroka.
"Kita perlukan peralatan lebih canggih untuk meneroka misteri ini," katanya.
No comments:
Post a Comment