Pages

Sunday, September 12, 2010

Perompak manipulasi Facebook

 
NEW HAMPSHIRE - Polis di Nashua, New Hampshire, Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat yang dipaparkan pada ruangan status di laman rangkaian sosial se-perti Facebook. 

Amaran itu dikeluarkan berikutan kejayaan melumpuhkan tiga sindiket perompak yang didapati menggunakan :modus operandi yang hampir sama. 

Sepanjang bulan lalu, hampir 50 rumah di Nashua dilaporkan dimasuki perompak semasa penghuni tiada di rumah. 

Hasil siasatan membuktikan, sekurang-kurangnya 18 kes melibatkan situasi di mana penghuni rumah menyatakan pada ruangan status di :Facebook: bahawa dia dan keluarganya tidak akan berada di rumah kerana bercuti. 

Walaupun pengendali laman rangkaian sosial berusaha mengetatkan keselamatan dan menjamin kerahsiaan maklumat yang dipaparkan, orang luar yang bukan 'rakan' di Facebook didapati masih ada cara untuk mengakses maklumat yang dipaparkan. 

Hal ini biasanya berlaku apabila pengguna membuat pilihan membenarkan sesiapa sahaja membaca status atau maklumat asas diri mereka. 

Sindiket jenayah juga dipercayai mungkin menggunakan kemudahan laman sesawang seperti Openbook untuk mengesan maklumat bagi mengenal pasti pengguna yang akan bercuti. 

Pengguna digalakkan menggunakan ReclaimPolicy dan SaveFace (www.untangle.com/saveface) untuk menjamin maklumat yang dipaparkan di Facebook hanya boleh diakses oleh 'rakan'. 

Satu lagi cara paling mudah adalah dengan tidak mengumumkan maklumat bercuti pada ruangan status.

No comments:

Post a Comment