Pages

Wednesday, September 1, 2010

Crocodile Dundee tak mampu bayar cukai

Paul Hogan
ADELAIDE: Pelakon, Paul Hogan, bintang filem ‘Crocodile Dundee’ semalam berkata, dia tidak mampu membayar walaupun 10 peratus cukai tertunggak yang dikenakan Pejabat Cukai Australia.
Pengakuannya menerusi temuramah dalam rancangan televisyen, ‘A Current Affair’ itu adalah kenyataan terbuka pertamanya selepas dia dilarang meninggalkan Australia awal bulan ini kecuali dia menjelaskan bayaran cukai berjumlah berjuta-juta dolar.
Pihak berkuasa cukai bulan lalu mendakwa Hogan berhutang sebanyak A$38 juta (RM107 juta) dalam pendapatan yang tidak didedahkannya. Dia dituduh menggunakan akaun bank pesisir pantai untuk menyembunyikan pendapatannya sejak filemnya mendapat sambutan antarabangsa pada 1986. Hogan menafikan sebarang salah laku dan mempertikaikan jumlah itu. Dalam temuramah itu, Hogan, 70, berkata, dia tidak sekaya seperti yang disangka orang ramai.

Hogan yang tinggal di Los Angeles pulang ke Sydney awal bulan lalu kerana menghadiri upacara pengebumian ibunya. - AP

No comments:

Post a Comment